CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2615|Reply: 0

[Kelantan] Tulang keting 'ghaib'

[Copy link]
Post time 16-3-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Tanah Merah: Penghidap kanser tulang di Jalan Banggol Jenerih di sini, terpaksa menebalkan muka meminta bantuan kewangan daripada rakan dan pihak masjid demi kelangsungan hidup serta kos rawatan susulannya.

Ahmad Ridha Abdullah, 42, berkata, hidup sebatang kara di sini, menyebabkannya sering terputus bekalan ubat dan gagal mendapatkan rawatan susulan berikutan tiada kenderaan serta wang untuk ke hospital.

Menurutnya, jika kesakitan yang tidak tertanggung menyerang, dia terpaksa menghubungi ambulans.

Dia yang juga bapa tunggal berkata, sejak menghidap kanser tulang pada penghujung 2017 dan dipotong kaki kanan kira-kira dua tahun selepas itu, hidupnya sangat terdesak disebabkan langsung tidak dapat bekerja dan sakit yang dialami daripada sel 'pembunuh senyap' itu kerap menyerang.

"Saya tinggal sendirian, manakala semua tujuh adik-beradik yang lain sudah berumahtangga dan ada komitmen hidup masing-masing menyebabkan saya enggan membebankan mereka.

"Ketika sihat saya pernah bekerja di merata tempat dan mempunyai sedikit simpanan tetapi semuanya sudah habis digunakan untuk kos rawatan yang saya kira sangat tinggi.

"Saya perlu berjumpa beberapa pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap bulan tapi sangat kerap saya tidak dapat hadir disebabkan tiada wang untuk membayar tambang kenderaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengimbau saat sebelum didiagnos sebagai pesakit kanser, Ahmad Ridha berkata, dia berasa sakit yang berdenyut di keting kanan dan merujuk kepada hospital sebelum diberitahu ia adalah slip disc.

"Kesakitan itu semakin menyucuk dari sehari ke sehari dan dia ke hospital yang berlainan seterusnya menjalankan imbasan dan dimaklumkan bahawa sebahagian kecil tulang ketingnya sudah 'ghaib' kerana dimakan sel kanser.

"Pada awal 2019 saya menjalani pembedahan memotong kaki dan sejak itu sehingga kini saya bergantung kepada ubat yang dibekalkan hospital kerana ada kalanya sakit kembali menyerang malah menurut doktor, kanser yang saya tanggung ini mempunyai sel yang aktif," katanya.

Ahmad Ridha berkata, dalam keadaan terpaksa untuk berjumpa doktor termasuk mendapatkan bekalan ubat, dia menebalkan muka ke masjid berhampiran untuk memohon bantuan kewangan dan sebaik wang diperoleh, dia segera ke hospital dengan kadar tambang sekitar RM70.

Dia yang tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana berkata, nasibnya agak baik kerana mendapat bantuan makanan secara bulanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang dihantar oleh wakilnya ke rumah.

"Sejak dua tahun lalu saya menerima bantuan makanan ini dan walaupun perlu mencatu, sekurang-kurangnya saya ada makanan dan tidak kelaparan," katanya yang menerima kunjungan Pengerusi KKCK Pui Tiong Lam.

Ahmad Ridha yang juga aktif dalam sukan bola keranjang ketika di bangku sekolah menengah dan pernah mewakili Kelantan pada waktu itu memiliki fizikal yang agak tinggi dan tegap.

Beberapa alat bantuan berjalan yang digunakan sekarang sudah daif kerana tidak dapat menampung berat dan ketinggiannya.

Kerusi roda terpakai yang digunakan semakin rosak dan terpaksa dibaiki beberapa bahagian manakala sepasang tongkat pula tidak dapat digunakan kerana tidak menyamai ketinggiannya.

"Buat masa ini saya tetap menggunakan kerusi roda terpakai ini kerana jika tidak memang saya tidak dapat bergerak untuk menjalankan rutin harian sama ada ke bilik air atau dapur untuk memasak," katanya yang boleh dihubungi di talian 01123891230 untuk maklumat selanjutnya.


RIDHA dikunjungi Pui Tiong Lam yang bertanya khabar sambil memberi sumbangan makanan di rumahnya di Jalan Banggol Jenerih, di sini. FOTO Siti Rohana Idris

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eting-ghaib-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.175531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list