CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4693|Reply: 0

[Kelantan] Pengemis 'bermusim' kembali

[Copy link]
Post time 28-3-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penguat kuasa menahan seorang pengemis warga asing. FOTO Hazira Ahmad Zaidi.

Kota Bharu: Sejak 1970-an hingga kini, bandar Kota Bharu, menjadi tumpuan pengemis warga asing untuk menagih simpati orang ramai khususnya sepanjang Ramadan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, antara lokasi yang menjadi tumpuan mereka adalah Masjid Muhammadi, bazar Ramadan dan kaki lima bank di sekitar bandar Kota Bharu.

Katanya, modus operandi yang digunakan adalah berpakaian lusuh dan membawa kanak-kanak kecil bersama.

"Situasi ini sebenarnya memberi imej yang tidak baik kepada warga Kota Bharu dan kebanyakan mereka adalah warga asing dari Thailand yang datang untuk mengutip derma.

"Sikap masyarakat yang pemurah dan suka memberi secara tidak langsung membuka ruang kepada mereka, sekali gus kehadiran mereka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

"Keadaan ini juga menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak prihatin sedangkan mereka adalah warga asing yang mengambil kesempatan mengemis di negara ini.

"Walau pelbagai usaha dan tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh agensi kerajaan terbabit, namun agak sukar untuk menghentikan kegiatan berkenaan," katanya pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan, di sini, hari ini.

Seramai 24 pegawai dan anggota terdiri daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyertai operasi bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Sementara itu, Rosnazli berkata, seramai 14 pengemis termasuk lapan warga Thailand berusia 46 sehingga 70 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun serta seorang gelandangan diselamatkan dalam operasi berkenaan.

"Kesemua mereka yang ditahan dihantar ke JKM bagi tindakan lanjut.

"Operasi bertujuan membanteras aktiviti mengemis, gelandangan, penjualan di kaki lima bank dan premis tanpa lesen perniagaan serta kutipan derma tanpa kelulusan MAIK," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... is-bermusim-kembali

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list