CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3077|Reply: 0

[Kelantan] Terpaksa mengemis demi sara isteri sakit

[Copy link]
Post time 29-3-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Seorang lelaki warga asing yang juga berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal mendakwa terpaksa mengemis untuk menyara isterinya yang sakit dan berada di Thailand.

Lelaki berusia 49 tahun yang kudung kaki kiri dari paras paha akibat penyakit kencing manis dan saraf memberitahu, dia terpaksa mengemis dan menebalkan muka disebabkan tidak mampu melakukan pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan.

Katanya, dia datang pada Jumaat lalu menggunakan feri dan menaiki kereta sewa dari Pengkalan Kubor, Tumpat ke Kota Bharu dan mendakwa menumpang di rumah saudaranya buat sementara waktu.

"Tujuan saya datang ke sini selain untuk mencari wang bagi menyara isteri yang sakit, saya juga memerlukan wang untuk makan," katanya ketika Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan, di Kota Bharu, semalam.


Operasi berkenaan membabitkan pegawai dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dilakukan bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Seramai 14 pengemis dan gelandangan termasuk lapan warga asing dicekup ketika mengemis di kawasan kaki lima di sekitar pusat bandar Kota Bharu.

Pengemis itu ketika ditemui berkata, dia menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika sedang mengemis, namun tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa diangkat ke dalam trak bersama pengemis lain.

Katanya, hasil daripada mengemis dia mampu memperoleh di antara RM50 hingga RM100 dalam masa tiga jam apabila mengemis di kaki lima bank.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana untuk menampung kehidupan saya dan isteri, saya

saya terpaksa mengemis di jalanan dengan mengharapkan simpati orang ramai.

"Tambahan pula sekarang ini adalah bulan Ramadan, pengunjung yang simpati dengan keadaan saya akan menghulurkan sumbangan dan saya hanya duduk menadah tangan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengemis rakyat tempatan yang berusia dalam lingkungan 50-an berkata, dia terpaksa mengemis dengan menjual kerepek di kaki lima bank disebabkan suaminya yang menghidap penyakit jantung kronik tidak dapat bekerja selain perlu menyara seorang anak saudaranya yang masih bersekolah.

"Saya tidak mempunyai pilihan lain dan perlu mengemis seperti ini demi mencari sesuap nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Desakan hidup menyebabkan saya terpaksa mencari rezeki seperti ini walaupun mengetahui ia salah di sisi undang-undang," katanya.


Anggota penguat kuasa memeriksa pengemis cacat fizikal ketika Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan di Kota Bharu, semalam. - Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

https://www.bharian.com.my/berit ... i-sara-isteri-sakit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.107737 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list