CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9375|Reply: 1

[Kelantan] 'Kaki ponteng puasa yang paksa saya masak untuk mereka'

[Copy link]
Post time 30-3-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Alasan 'terpaksa' menjual nasi kepada kaki ponteng puasa digunakan seorang peniaga di Kampung Badak Mati, Pauh Lima, di sini.

Wanita berusia 49 tahun itu berkata, dia yang berniaga lauk pauk di bulan puasa kerap diminta menjual nasi oleh penduduk sekitar yang tidak berpuasa.

Dia yang berniaga bersama anak perempuannya yang berusia sekitar 20-an berkata, dia hanya berurusniaga dengan penduduk kampung dan orang yang sudah biasa dengannya saja bagi mengelakkan kegiatan itu terbongkar.

"Biasanya pembeli akan menghubungi saya terlebih dulu untuk memesan jumlah bungkusan nasi yang ingin bersama teh o ais.

"Nasi berlaukkan ayam pedas dan gulai bersama teh o ais itu akan disimpan dalam bekas sebelum seorang demi seorang datang mengambilnya.

"Untuk Ramadan memang saya memasak pelbagai lauk pauk untuk dijual di bazar dan sebab itulah mereka yang ponteng puasa meminta saya turut menjual nasi bungkus," katanya ketika ditemui di kedai makannya di sini, hari ini.

Wanita itu berkata, dia menyediakan sekitar 20 hingga 30 bungkus nasi berlauk setiap hari dengan harga RM4 sebungkus dan pelanggan tetapnya terdiri daripada penganggur dan buruh.

Peniaga itu antara pemilik premis makanan yang dikenakan kompaun oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI) dalam Operasi Bersepadu Banteras Geng Ponteng Puasa di sekitar Ketereh di sini, hari ini.



PENGUAT KUASA MDK-PI memeriksa dapur kedai makan di Kampung Badak Mati, Pauh Lima, di sini yang menjual nasi bungkus kepada geng ponteng puasa. FOTO Siti Rohana Idris

Dia dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 membabitkan empat kesalahan iaitu kebersihan premis, kesihatan, aurat dan berniaga di waktu larangan.

Operasi itu turut membabitkan pegawai Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) dan beberapa lokasi yang mendapat aduan daripada orang ramai diperiksa antaranya Kampung Kubang Kiat, Salor, Aril, Peringat dan Pauh Lima.

Sementara itu, Setiausaha MDK-PI, Mohd Azman Ghazali berkata, operasi hari ini yang pertama dijalankan untuk Ramadan dan lokasi serbuan adalah berdasarkan aduan orang ramai.

"Serbuan dibuat di enam lokasi dan hasilnya, tujuh kompaun dikeluarkan di bawah UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019 dan UUK Mencegah Kekotoran MDK-PI 2019," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -masak-untuk-mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 10:45 AM | Show all posts
Ini reason memang kelakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.168339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list