CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6869|Reply: 1

Penat Fikir Hidangan Apa Untuk Berbuka Nanti? Jom Cuba 5 Resipi Sotong Yang Dijamin Sedap Ini!

[Copy link]
Post time 31-3-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Penat Fikir Hidangan Apa Untuk Berbuka Nanti? Jom Cuba 5 Resipi Sotong Yang Dijamin Sedap Ini!


Perasan tak jarang kaum wanita masak sotong di rumah? Mungkin ini kerana tidak tahu resipi sotong yang boleh mereka sediakan selain sotong goreng tepung. Sebenarnya, banyak menu yang boleh anda cuba dengan sotong ini!

Tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadhan ini, kan baik jika pelbagai masakan terhidang di atas meja. Seperti ayam dan ikan, sotong juga mempunyai kelazatannya tersendiri. Jadi, apa kata kali ini cuba resipi sotong pula untuk juadah berbuka anda?

5 RESIPI SOTONG YANG DIJAMIN LAZAT HINGGA MENJILAT JARI!
Resipi Sotong #1: Sotong Sumbat Bakar Thai



Bahan-bahan:

  • Sotong saiz besar
  • Segenggam isi udang
  • 1 biji telur



Bahan-bahan sos:

  • 5 ulas cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar



Bahan-bahan kisar inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan halia



Cara-cara penyediaan:

  • Hancurkan isi udang, gaul dengan telur dan bahan kisar.
  • Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
  • Bakar sotong sumbat tadi menggunakan pemanggang ajaib. Kemudian, apabila sudah masak, potong sedikit tapi jangan buat sampai terpisah.
  • Kisar atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak.
  • Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  • Curah sos cili di atas sotong. Kemudian, perahkan limau nipis.

Sotong sumbat bakar thai siap untuk dimakan!


Resipi Sotong #2: Sotong Masak Lada



Bahan-bahan:

  • 1/2kg sotong
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih (diketuk-ketuk)
  • Garam
  • Perisa (ikut suka)
  • Minyak untuk tumis
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi


Cara penyediaan:

Tumis bawang putih sampai garing. Kemudian, masukkan sotong, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam.
Kacau rata. Seterusnya, masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa dan teruskan mengacau.
Akhir sekali, masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi.
Sotong masak lada siap untuk dimakan!


Resipi Sotong #3: Sotong Masak Air Asam


Bahan-bahan untuk bahan kukus:

  • 1kg sotong
  • 2 batang serai
  • Akar daun ketumbar
  • 1/2 biji tomato didadu
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula


Bahan-bahan untuk air asam:

  • 4 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili api (ikut tahap kepedasan sendiri)
  • Limau nipis
  • 3 sudu besar gula siam (Thai Palm Sugar)
  • Garam (jika perlu)


Cara penyediaan:

  • Panaskan pengukus.
  • Apabila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus.
  • Biarkan dalam 8-10 minit (jangan terlalu lama untuk kekalkan rasa juicy).
  • Angkat dan toskan.
  • Untuk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api.
  • Tambahkan gula thai dan garam (jika perlu)
  • Perah asam limau. Kemudian gaul rata sotong dan air asam.

Sotong air asam siap untuk dimakan!


Resipi Sotong #4: Sotong Sumbat Telur



Bahan-bahan untuk inti sumbat:

  • 3 biji telur ayam
  • Lobak merah (dicincang)
  • Isi ayam/udang (dicincang)
  • Capsicum
  • Secubit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng

*Campur semua bahan dan goreng hancur ala-ala scramble egg.

Bahan-bahan untuk sambal sotong:

  • 6 ekor sotong
  • 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sudu sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • Pencungkil gigi/lidi
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukupnya


Cara penyediaan:

  • Sumbat sotong dengan telur yang dimasak hancur. Tutup semula dengan kepala sotong menggunakan pencungkil gigi.
  • Tumis bawang hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan serbuk kari dan sos cili.
  • Boleh masukkan sotong yang telah sumbat dan biar sampai mendidih.
  • Masukkan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa.
  • Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat.

Hias sedikit dengan cili atau daun bawang.
Sotong sumbat telur siap untuk dimakan!


Resipi Sotong #5: Sotong Phat Phet




Bahan-bahan A:

Kisar

  • Cili api/cili merah (ikut kepedasan sendiri)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam (letak sikit)

*kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong

Bahan-bahan B:

  • Sotong
  • Asam keping
  • 1 batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan sayur (optional)


  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Bunga kubis


Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  • Masukkan serai yang di titik sehingga naik bau dan pecah minyak.
  • Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).
  • Kemudian,masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.
  • Akhir sekali, masukkan kacang panjang, lobak merak, bunga kubis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit kemudian angkat.


Sotong phat phet siap untuk dimakan!
Dah ada idea resipi sotong mana satu anda nak cuba untuk hari ini? Lepas ini, tidak adalah lauk yang sama je, pasti meja makan akan menjadi lebih meriah. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Lubuk Resepi Viral
https://siraplimau.com/resipi-sotong/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt for sotong punya resepi semua nampak sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.115819 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list