CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3132|Reply: 0

[Pahang] Terbeli ayam percik bau bangkai

[Copy link]
Post time 4-4-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode

Inilah ayam golek yang didakwa berbau busuk oleh seorang pembeli di bazar Ramadan di Rompin.


TEMERLOH – Selepas karipap dan sosej tercemar, kini juadah ayam percik serta ayam golek busuk pula didakwa dijual peniaga.

Dalam kejadian terbaharu di sebuah bazar Ramadan di sini, seorang pengguna dikenali sebagai Mohamad Basri Izan berkata, dia tidak menyangka ayam percik dibelinya pada pukul 6.30 petang untuk berbuka puasa berbau ‘bangkai’.

Dia kecewa kerana juadah berkenaan dibeli selepas ibunya teringin untuk makan ayam percik.

“Masa hendak berbuka puasa, buka plastik bau bangkai satu rumah sebab ayam busuk. Saya tidak berkira harganya RM12, tetapi kecewa tak boleh makan.

“Pihak berkenaan tolong peka, kalau nak test makan, ayam percik ini ada lagi, niaga biar jujur,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.

Seorang lagi pengguna, Nur Aini Rasidi dalam akaun Facebooknya berkata, dia turut ‘ter­kena’ selepas membeli seekor ayam golek di sebuah bazar Ra­madan di Rompin.

Katanya, dia dan keluarga­nya yang mahu menjamah ayam berkenaan terkejut kerana juadah berkenaan berbau busuk.

“Saya tidak pulangkan semula ayam berkenaan kepada peniaga terbabit kerana rumah saya agak jauh dan berharap kejadian ber­kenaan tidak berulang lagi,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nur Aini berkata, peniaga terbabit sudah meminta maaf dan membayar ganti rugi selain tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya mengambil perhatian tentang isu berkenaan dan ia kini dalam siasatan pihaknya.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... percik-bau-bangkai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048693 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list