CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1487|Reply: 0

[Johor] Sistem akaun diceroboh, syarikat rugi RM1.9 juta

[Copy link]
Post time 5-4-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat terpaksa menanggung kerugian RM1.9 juta selepas sistem akaunnya diceroboh, 24 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 41 tahun berhubung dakwaan itu, minggu lalu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan berlaku pemindahan keluar wang syarikat kepada pihak tidak dikenali.

"Siasatan awal polis mendapati pihak syarikat menggunakan kaedah pembayaran secara 'bulk payment' daripada sebuah bank tempatan untuk membuat pembayaran kepada pembekal secara bulanan.


"Melalui kaedah tersebut, pihak syarikat akan mendaftarkan nama, nombor akaun syarikat pembekal dan jumlah penbayaran perlu dibuat dalam sistem tersebut.

"Dengan kaedah itu, pada setiap bulan syarikat hanya memasukkan nilai bayaran sahaja tanpa mengubah apa-apa data pada nama syarikat penerima, nombor akaun dan akan klik sistem tersebut untuk dihantar kepada pihak bank untuk pembayaran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sehari sebelum membuat laporan polis, wanita itu membuat semakan penerima bayaran pada 24 Mac lalu.

Katanya, hasil semakan mendapati terdapat 10 transaksi bayaran kepada 10 syarikat telah diubah kepada pihak lain yang tidak dikenali.

"Sepuluh syarikat ini tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikat pengadu.

"Pengadu percaya sistem 'bulk payment' syarikatnya sudah diceroboh dan menyebabkan butiran penerima diubah kepada pihak lain.

"Polis menasihati orang ramai sentiasa berhati-hati dalam urusan membuat pembayaran secara dalam talian, walaupun ianya ditetapkan dari awal lagi. Pastikan setiap butiran diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ianya betul, sebelum klik meneruskan pembayaran," katanya.

Kes disiasat mengikut Seskyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

https://www.bharian.com.my/berit ... ikat-rugi-rm19-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.588586 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list