CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Terengganu] Adik-beradik rugi RM658,000 angkara 'Phone Scam'

[Copy link]
Post time 6-4-2023 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Guru dan pesara swasta yang juga adik-beradik rugi RM658,000 selepas diperdaya jenayah 'Phone Scam'.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia 56 dan 62 tahun, semalam.

Katanya, mangsa mendakwa semuanya bermula selepas menerima panggilan telefon yang mendakwa daripada pihak insurans dan pihak polis pada 28 Februari lalu.

"Suspek memaklumkan maklumat diri mangsa disalahgunakan, yakni terbabit dengan jenayah penggubahan wang haram dan dadah.

"Disebabkan alasan untuk membantu kedua-dua mangsa menyelesaikan kes, mangsa telah diminta untuk membuka satu akaun bank lain dan diminta untuk mendedahkan maklumat akaun kepada sindiket.

"Kemudian kedua-dua mangsa diarah untuk membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang baru dibuka dan tidak menggunakan akaun terbabit sepanjang tempoh kes itu diselesaikan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa hanya menyedari diperdaya selepas membaca satu artikel berkenaan 'Phone Scam' di akhbar.

Katanya, mangsa kemudian membuat semakan ke atas akaunnya dan mendapati wang dalam akaun berkurang sebanyak RM500,000 dan RM158,000.

"Kesemua wang terbabit adalah simpanan kedua-dua mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer dan sebarang keraguan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6322243 atau hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 atau hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angkara-phone-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.515817 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list