CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 0

[Melaka] Suami isteri direman 7 hari bantu siasatan kes rogol anak tiri

[Copy link]
Post time 9-4-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

PENGAWAL keselamatan dan isterinya (gambar kanan) ditahan reman bagi membantu siasatan kes rogol anak tiri. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Seorang pengawal keselamatan direman seminggu bagi membantu siasatan kes rogol pelajar Tingkatan Empat yang juga anak tirinya hingga menyebabkan mangsa melarikan diri akibat trauma, bulan lalu.

Turut direman isterinya yang juga peniaga nasi lemak bagi membantu siasatan atas dakwaan bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek terhadap anak kandungnya itu.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Melaka, Siti Nur Ain Ariffin bermula 9 hingga 15 April ini selepas dipohon pihaknya mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, terdahulu satu laporan dibuat mangsa berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada 6 April lalu, 4.59 petang.

"Bertindak atas maklumat itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan bapa tiri dan ibu kandung, masing-masing berusia 36 dan 40 tahun di Klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2), Sepang Selangor semalam, 9.30 malam sejurus tiba dari Sabah," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376B dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Terdahulu pasangan itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, pada 9.30 pagi.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan hilang dari rumahnya di Jasin, namun ditemui semula dalam keadaan selamat di Perak, Rabu lalu selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kes-rogol-anak-tiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.145658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list