CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Terengganu] Daun palas minyak laba RM300 sehari !

[Copy link]
Post time 10-4-2023 08:56 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Nasirman menyusun daun palas di gerainya. FOTO BERNAMA

Pasir Mas: Menjelang ketibaan hari lebaran tidak lama lagi, seorang peniaga buah-buahan yang beralih tumpuan perniagaannya kepada jualan daun palas minyak, kini memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada biasa, disebabkan permintaan kepada bahan itu yang cukup tinggi.

Mohd Nasirman Abdullah, 42, berkata oleh kerana ramai yang membeli daun palas agak awal sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran kerana risau bekalannya yang terhad, beliau kini boleh menambah pendapatannya RM200 hingga RM300 sehari.

"Saya menjual daun palas itu dengan harga RM18 bagi 100 batang. Kebiasaannya pelanggan saya adalah penduduk sekitar daerah Pasir Mas, Tanah Merah dan Rantau Panjang," katanya ketika ditemui di gerainya di Cabang Tiga Kampung Banggol Petai di sini, semalam.

Beliau berkata daun palas minyak itu diperoleh daripada pencari daun berkenaan di sekitar Kampung Banggol Petai, Bukit Tuku, Alor Pasir dan Batu Karang, dan beliau menjangka permintaan untuk daun palas itu akan terus melonjak dalam dua atau tiga minggu lagi apabila Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

Mohd Nasirman berkata daun palas minyak menjadi pilihan ramai untuk menyediakan hidangan tradisional ketupat di pagi Hari Raya, kerana apabila dibungkus dengan daun palas, rasanya lebih enak.

Menurutnya proses mendapatkan daun palas minyak yang tumbuh liar di kawasan hutan bukanlah perkara yang mudah, adakalanya terpaksa berdepan dengan binatang berbisa seperti ular dan tebuan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-laba-rm300-sehari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.144706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list