CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1855|Reply: 2

Sambal & Orang Malaysia Berpisah Tiada, Ini 10 Jenis Sambal Yang Menjadi Kegilaan Anda!

[Copy link]
Post time 12-4-2023 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Sambal & Orang Malaysia Berpisah Tiada, Ini 10 Jenis Sambal Yang Menjadi Kegilaan Anda!



Cita rasa rakyat Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai santapan yang pedas. Ini termasuklah sambal yang dijadikan sebagai pencicah bersama hidangan lain. Disebabkan itu, terdapat banyak jenis sambal di Malaysia.

Antaranya sambal tumis, sambal kicap, sambal ketuk dan sebagainya. Sambal dan rakyat Malaysia diibaratkan, bagai lepat dengan daun, yang sepadan sukar untuk berpisah. Hal ini kerana, ada sesetengah jenis sambal boleh sahaja dimakan bersama nasi putih begitu sahaja. Justeru itu, mari lihat 10 resepi sambal disenaraikan di bawah ini.

JENIS SAMBAL DI MALAYSIA



Seperti yang dijanjikan, ini resepi 10 sambal asas yang korang selalu makan dekat Malaysia. Lit the spicy Malay way.

INI 10 JENIS SAMBAL MENJADI  KEGILAAN RAKYAT MALAYSIA


1. SAMBAL TUMIS



Sambal tumis ini, anda boleh masukkan apa jua jenis protein seperti udang, sotong atau ikan bergantung pada sambal apa nak dibuat. Kalau suka petai, sudah tentu boleh masukkan masa tumis bawang itu nanti.

ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Nasi lemak
  • Sambal sotong


BAHAN-BAHAN:

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 biji bawang merah (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • Garam
  • Gula



PENYEDIAAN:

1. Mulakan dengan potong cili kering untuk buang biji. Rebus cili kering minimum 5 minit. Lebih lama, lebih kurangkan pedas.

2. Angkat dan toskan cili kering sebelum dikisarkan hingga lumat. Bila dah lumat, tuangkan minyak masak dalam kuali dan tunggu sampai betul-betul panas.

3. Tumis cili kering tadi dengan api sederhana untuk 5-7 minit. Kacau cili sekali sekala untuk elakkan sambal hangus.

Pada yang belum tahu, lada perlu dikisar dengan air bukan kering. Ratio air 1:2 cili. Ratio sambal pada minyak pula mestilah 1:1 untuk hasilkan tekstur sambal yang cantik. Minyak boleh dibuang bila dah habis masak nanti.

4. Bila sambal dah pecah minyak, masukkan pula bawang. Kalau nak buat sambal ikan bilis, masa ini dah boleh tambah ikan bilisnya. Tumis untuk 2 minit dan tambah air asam jawa.

5. Kacau rata sebelum diperasakan dengan garam dan gula. Seimbangkan gula dan garam ikut selera masing-masing. Akhir sekali, baca bismillah sebelum makan.

2. SAMBAL KICAP


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Sambal soto
  • Pencicah tauhu goreng
  • Pencicah tempe goreng
  • Sup


BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar cuka
  • Garam


PENYEDIAAN:

1. Goreng dulu semua bahan-bahan ni maksimum selama 3 minit. Jangan goreng terlampau lama cukup untuk buang rasa mentah cili dan bawang sahaja.

2. Angkat dan toskan. Kisar semua bahan sampai lumat termasuk gula dan garam. Siap!

3. SAMBAL KETUK



ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Nasi putih
  • Rencah nasi goreng



BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang merah (belah 4)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar merah (hiris)
  • 2 biji cili besar hijau (hiris)
  • 1/3 cawan ikan bilis belah
  • Garam
  • 4 biji cili padi (pilihan)
  • 1 biji tomato kecil (pilihan)
  • Pati bilis / serbuk ikan bilis (pilihan)



PENYEDIAAN:

1. Goreng semua bahan bahan tersebut (kecuali pati bilis dan garam), maksimum 2 min.

2. Angkat dan toskan. Tumbuk bahan-bahan tersebut dengan lesung. Ikan bilis dan tomato perlu ditumbuk asing.

3. Selesai menumbuk, perasakan dengan pati bilis dan garam. Kacau rata dengan sudu. Boleh perah limau nipis kalau suka.

4. SAMBAL BELACAN KERING


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Nasi putih
  • Ikan bakar


BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang merah (belah 4)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar merah (hiris)
  • 2 biji cili besar hijau (hiris)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 3 cm belacan
  • 1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
  • Garam
  • 4 biji cili padi (pilihan)
  • 1 biji tomato kecik (pilihan)
  • Pati bilis/serbuk ikan bilis (pilihan)


PENYEDIAAN:

1. Teknik dan cara yang sama macam sambal ketuk, cuma tambah halia, belacan dan limau.

2. Goreng semua bahan selain belacan, limau, halia dan pati bilis. Kemudian, angkat dan toskan.

3. Bakar belacan. Tumbuk semua bahan tersebut bersama belacan sampai lumat. Halia dan tomato ditumbuk asing.

4. Campurkan semua bahan yang ditumbuk dan kacau sebati. Perasakan dengan pati dan garam.

5. SAMBAL BELACAN BASAH


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Nasi berlauk
  • Nasi putih
  • Thai cuisine


BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji cili besar merah
  • 2 biji cili padi
  • 2 cm belacan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh cuka
  • Secubit garam


PENYEDIAAN:

1. Basuh dan toskan semua bahan. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar (jangan terlampau lumat).

2. Tambahkan air semasa kisar dan ikut citarasa kepekatan masing-masing. Biasanya 1/4 cawan air dah cukup.

3. Bila dah siap, kacau rata. Boleh perah limau nipis untuk extra flavour. Boleh juga kisar sekali dengan kulit limau kalau suka.

6. SAMBAL NASI BERLAUK


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Nasi berlauk
  • Gulai


BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji cili besar merah
  • 5 biji cili besar hijau
  • 3 biji cili padi (pilihan)
  • 4 sudu besar cuka
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar gula
  • Garam


PENYEDIAAN:

1. Potong cili dan masukkan di dalam blender.

2. Masukkan semua bahan yang lain sekali dan kisar sederhana lumat. Siap!

7. SAMBAL PENCICAH /SOS PENCICAH THAI


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Sambal nasi ayam
  • Sotong / udang / ikan celup tepung
  • Sosej


BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji cili kering (rebus & potong)
  • 4 sudu besar cuka
  • 3/4 cawan air
  • 2 biji bawang putih (cincang)
  • 3 sudu besar gula
  • Garam
  • 2 sudu teh tepung jagung / ubi



PENYEDIAAN:

1. Mulakan dengan rebus cili kering dalam air panas. Tumbuk cili kering yang dah direbus dengan lesung sampai separa lumat.

2. Dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang.

3. Tambah pula cili dan tumiskan lagi dalam 2 minit. Tambah cuka, air dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Akhir sekali, masukkan tepung sikit-sikit untuk elakkan tepung berketul. Perlu sentiasa kacau bila tambah tepung.

Sambal ni, api perlu sentiasa perlahan supaya tepung larut.

8. SAMBAL QUINI


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Nasi putih
  • Nasi berlauk


BAHAN-BAHAN:

  • 7 sudu besar buah quini atau mangga
  • 2 cm belacan (bakar)
  • 10 biji cili besar merah / hijau
  • 4 biji cili padi (pilihan)
  • 1/2 biji besar bawang merah
  • 1 sudu besar serbuk udang kering (pilihan)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar gula
  • Garam



PENYEDIAAN:

1. Tumbuk bawang dan cili hingga lumat. Masukkan pula belacan yang dah dibakar dan tumbuk lagi hingga sebati.

2. Tambahkan cuka, gula dan garam. Kacau sebati.

3. Kalau korang suka sambal tu lebih basah, tumbukkan sekali buah tu sampai lumat dengan bahan-bahan tadi.

4. Kalau suka sambal tu sedikit kering, hanya potong dadu atau halus dan kacau dengan sambal yang ditumbuk tadi.

5. Macam biasa, boleh perah air limau nipis untuk dressings.

9. SAMBAL BERLADA


ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

  • Terung berlada
  • Ayam berlada


BAHAN-BAHAN:

  • 7 biji cili besar merah
  • 7 biji cili besar hijau
  • 1 biji kecil bawang holland
  • 6 biji cili padi (pilihan)
  • Garam
  • Perasa


PENYEDIAAN:

1. Kisar cili dan bawang dalam chopper atau boleh tumbuk guna lesung. Jangan kisar sampai lumat

2. Lebih kurang 3/4 cawan minyak, panaskan dan tumis bahan kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak dan naik bau.

3. Perasakan dengan garam dan perasa. Perasa anda boleh guna apa sahaja jenis yang anda suka termasuk lada putih, pati ayam, pencukup rasa dan sebagainya walaupun tak digalakkan sangat.

4. Jangan risau minyak yang banyak sebab anda boleh buang minyak tu bila dah siap masak nanti. Jangan hidangkan dengan minyak.

5. Kalau nak masukkan terung atau ayam, masukkan masa lepas tumis lada tu.

10. SAMBAL KERING




ANTARA HIDANGAN YANG DIPADANKAN SEPERTI:

Sambal kegemaran rakyat Malaysia sebagai snek.

BAHAN-BAHAN:

  • 50 gram ikan bilis belah
  • 100 gram kacang tanah
  • 8 biji cili kering panjang
  • 1 paket tempe
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah besar (belah 4)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar cuka


PENYEDIAAN:

1. Goreng dulu kacang tanah, ikan bilis dan tempe secara berasingan. Tempe goreng sampai jadi kekuningan, ikan bilis sampai rangup dan kacang pula jangan terlalu lama atau boleh jadi pahit. Estimated time 3 min.

2. Selesai goreng semua tu angkat dan toskan. Tak perlu rebus, terus masukkan cili kering, bawang merah, bawang putih dalam blender. Kisar lumat.

3. Selesai kisar, tumiskan dengan minyak dalam kuali sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam serta kacau rata.

4. Masukkan tempe, kacang dan bilis yang digoreng tadi dan kacau rata.

5. Tambahkan cuka dan kacau rata sebelum tutup api. Sambal ni nak pedas-pedas manis, jadi kalau suka lagi manis seimbangkan lagi dengan gula.

Sambal ni boleh tahan sehingga 2-3 minggu tanpa dipanaskan.

INFO TAMBAHAN:




Nak tahu bila sambal tu dah pecah minyak? Bila kita biarkan sambal tu, tengok sekeliling sambal tu, minyak akan mengelilingi sambal tu (terasing).

Cara kedua adalah tengok pada perubahan warna sambal, dari merah ke merah gelap, maksudnya dah masak.

Sumber: Twitter Amirul Kalif Syde / https://siraplimau.com/jenis-sambal-di-malaysia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak jenis sambal nanti boleh try lah sabah bela can kering macam sedap
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal gesek boleh masuk dalam list tak

Resepi
Bahan2: tomato, cili api, cili besar, ikan bilis,

Cara penyediaan:
- masak tomato, cili api, cili besar dalam periuk nasi sekali nasi
- bila nasi dah masak keluar kan bahan-bahan
- tumbuk/gesek bahan bahan yang dah bawa keluar dari periuk nasi
- tambah ikan bilis goreng atau mentah terpulang ikut selera dan garam, gula juga ikut selera

Selamat mencuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048916 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list