CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Melaka] Dua anggota polis didakwa rompak, miliki pasport wanita warga asing

[Copy link]
Post time 13-4-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh TS Praveen dan Muhammad Safri Idris mengaku tidak bersalah atas tuduhan merompak wanita indonesia dan menyimpan pasport mangsa tanpa kebenaran sah minggu lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap wanita warga asing dan memiliki pasport mangsa tanpa kebenaran sah, minggu lalu.

Tertuduh, TS Praveen 31, dan Muhammad Safri Idris, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap warga Indonesia dikenali Anisa dan mengambil gelang tangan warna kuning, pasport keluaran Indonesia dan kad juruwang automatik (ATM) Hong Leong Bank membabitkan kerugian RM1,800.

Perbuatan itu dilakukan antara 10 malam sehingga 11.30 malam di dalam hotel bajet di Plaza Mahkota dalam daerah Melaka Tengah, pada 3 April lalu.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa secara bersama tanpa kuasa yang sah ada dalam milikan mereka pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang iaitu milik Anisa, seorang warga Indonesia.

Kesalahan itu dilakukan di tepi Jalan Kota Melaka, di sini, pada masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(1)(1), Akta Pasport 1966 dan dibacakan bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari mencadangkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tidak mengganggu mangsa.

Peguam Andrew Lourdes bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan kedua-dua anak guamnya adalah anggota polis dan berkhidmat selama tujuh tahun.

Katanya, ayah Praveen adalah seorang pesara polis yang berkhidmat selama 41 tahun, manakala isteri Safri juga anggota polis dan pasangan itu mempunyai seorang anak berusia tiga bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang berserta syarat melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -wanita-warga-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058473 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list