CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] Bukan sengaja letak harga martabak RM20

[Copy link]
Post time 13-4-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

MURTABAK berharga RM20 yang dijual di Bazar Ramadan TTDI. FOTO Wan Izzati Amir

Kuala Lumpur: Bukan sengaja letak harga 'kayangan' tetapi harga yang ditetapkan itu munasabah dengan bahan dan cara pembuatannya.

Penjual martabak, Raja Zakaria Raja Hamid, 43, berkata, harga martabak yang dijual di gerainya bermula daripada RM7 hingga RM25 sebenarnya mengikut ketebalan dan jenis inti yang dipilih.

"Martabak harga RM20 sebenarnya diletakkan keju dan kami juga mementingkan kualiti yang mana setiap kepingan ditabur ayam dan daging.

"Orang yang pertama kali datang membeli mungkin terkejut dengan harga dikenakan namun pelanggan tetap sudah biasa dengan harga ini," katanya yang berniaga di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Katanya, kenaikan harga bahan mentah juga mempengaruhi harga jualan mereka.

Selain gerai martabak, tinjauan juga mendapati terdapat beberapa juadah lain yang dijual di bazar Ramadan itu yang boleh dianggap harga 'kayangan'.

Pekerja nasi goreng Wagyu, Fiqri Saidi, 29, berkata, harga bahan yang digunakan menjadi pendorong utama harga makanan itu dijual tinggi.

Bagaimanapun dia berkata, nasi goreng Wagyu yang dijual pada harga RM21 tetap mendapat sambutan apabila antara 250 hingga 300 peket terjual dalam masa sehari.

"Dikenali nasi goreng Wagyu rahmah kerana kami hanya menjual RM21 meskipun orang ramai tahu harga sekilogram daging Wagyu boleh mencecah RM300.

"Kami juga menggunakan minyak masak yang jenis mahal untuk menjaga kualiti makanan" katanya.

Sementara itu, penjual 'mac and cheese', Arizal Aziz, 37, berkata, harga juadah dijualnya lebih murah jika dibandingkan dengan bahan bermutu tinggi yang digunakan dalam masakan.

"Kami menggunakan keju premium iaitu 'cheese wheels' yang diimport dari Itali dan harganya mencecah sehingga RM5,000 hingga RM6,000 dan selalunya hanya boleh didapati di hotel bertaraf lima bintang.

"Bagi kami harga yang dijual berpatutan dan harga itu diletak supaya semua orang dapat merasai makanan yang jarang berada di pasaran itu lebih-lebih lagi di bazar Ramadan," katanya.

Arizal berkata, dia percaya jika peniaga meletakkan harga yang tinggi, pelanggan masih boleh menerimanya jika kualiti sesuatu makanan itu setanding harga.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... harga-martabak-rm20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2023 08:44 PM | Show all posts
Bahan yang digunakan merupakan bahan yang berkualiti dan import
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list