View: 188|Reply: 0
|
[Terengganu]
Tempah tahun ini, ambil tahun depan
[Copy link]
|
|
Kuala Berang: Permintaan amat tinggi, namun pembuatannya terhad berikutan kerumitan untuk menyiapkan tempahan pulut dakap setiap kali tibanya hari lebaran.
Fatima@maziah Busu, 68, bersama suami Nawang Jusoh, 82, antara pembuat pulut dakap di daerah ini yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam penyediaan hidangan berkenaan.
Menurut Fatimah, dia membuat pulut dakap sejak lebih 40 tahun lalu, namun 20 tahun kemudian baharu sanggup menerima tempahan tetapi dalam jumlah yang terhad.
"Untuk menyediakan pulut dakap, saya perlu mendapatkan daun dan pelepah pisang jenis gala sahaja yang kemudian dijemur selama sehari hingga bertukar warna.
"Daun pisang perlu dipotong mengikut saiz dikehendaki, manakala pelepah pisang pula akan diraup untuk dijadikan tali bagi mengikat pulut berkenaan.
"Selepas proses itu, saya akan menyiapkan pulut dan hanya menyediakan dalam jumlah tiga kilogram beras pulut sahaja sehari," katanya yang lebih dikenali sebagai Mok Teh Yah dalam kalangan penduduk setempat.
Menurutnya, beras pulut akan dicuci sebelum direndam selama satu jam dan dikukus pula bagi tempoh satu jam.
Katanya, pulut kemudian diletakkan di dalam bekas sebelum dimasukkan santan dan perlu dikacau hingga sebati serta akan dikukus sekali lagi selama 30 minit.
"Selepas itu pulut akan dibalut di dalam daun pisang satu persatu sebelum dua pulut didakap menjadi satu kemudian diikat dan itu yang dinamakan pulut dakap," katanya.
FATIMA@Maziah sedang membungkus pulut yang siap dikukus ke dalam daun pisang untuk dijadikan pulut dakap. FOTO Nazdy Harun
Menurutnya, bagi menjamin kualiti, dia hanya mengambil tempahan antara 500 hingga 600 biji pulut dakap saja setiap tahun untuk sambutan Aidilfitri.
Katanya, lima hari sebelum sambutan Aidilfitri, dia akan memulakan kerja menyiapkan tempahan dan setiap satu biji pulut dakap dijual dengan harga RM1.
"Ada pelanggan yang datang mengambil tempahan pulut dakap terus membuat tempahan untuk Aidilfitri tahun hadapan bagi mengelak tempahan tidak diterima," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahun-depan-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|