View: 299|Reply: 0
|
[Kelantan]
Rezeki pengusaha motosikal tambang di penghujung Ramadan
[Copy link]
|
|
Pengusaha motosikal tambang mengatur nombor giliran sebelum mengambil pelanggan di Stesen Bas Ekspress Rantau Panjang. FOTO Syaherah Mustafa.
Rantau Panjang: Sepuluh kali ganda ramainya pengguna perkhidmatan motosikal tambang di Stesen Bas Ekspres Rantau Panjang di sini, menjelang Aidilfitri ini.
Tinjauan semalam mendapati, pengusaha perkhidmatan itu tidak menang tangan untuk melayani pelanggan mereka bermula 6 pagi hingga 6 petang, dengan majoriti pengguna adalah warga Thailand yang mahu pulang ke negara mereka menerusi pintu sempadan di sini.
Seorang pengusaha Ramli Ismail, 70, berkata, selalunya pengguna perkhidmatan itu kurang 10 orang pada hari biasa dan dia sangat bersyukur apabila rezekinya melimpah raya ini dengan lebih 100 pelanggan diterima sehari.
"Kami akan menghantar pelanggan dari stesen bas ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk mereka menyerahkan dokumen perjalanan dan pasport sebelum diteruskan lagi ke pintu sempadan di sebelah Golok, Thailand.
"Pelanggan biasanya dikenakan caj antara RM5 sehingga RM10 bergantung kepada jarak lokasi dan perkhidmatan ini lebih cepat dan mudah, susulan keadaan jalan masuk yang sesak," katanya ketika ditemui.
Menurutnya yang lebih 30 tahun mengusahakan perkhidmatan itu, terdapat 45 ahli persatuan motosikal tambang yang berlesen dan mempunyai dokumen lengkap untuk membawa pelanggan di kedua-dua negara.
Mereka turut menggunakan sistem bernombor yang lebih sistematik untuk menentukan giliran pelanggan selain kenderaan dalam keadaan baik dan selamat.
Sementara itu, bagi Che Jali Che Moh, 73, berkata, sangat bersyukur dengan rezeki di penghujung Ramadan, selain mengakui pengguna perkhidmatan itu lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.
"Walaupun jarak perjalanan tidaklah begitu jauh, tetapi kami tetap mementingkan keselamatan dengan memastikan pelanggan memakai topi keledar selain selesa dengan perkhidmatan yang diberikan.
Motosikal buruk tidak mengapa, asal lengkap dan selamat. Suasana meriah begini hanya boleh dilihat tiga atau dua hari sebelum raya sahaja, dan waktu itu kami 'pulun' bekerja seharian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -penghujung-ramadan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|