View: 215|Reply: 0
|
[Kelantan]
Buruh terlepas daripada hukuman mati
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kota Bharu: Seorang buruh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini daripada tuduhan membunuh seorang warga emas lelaki, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Nik Kamil Nik Soh, 42.
Roslan dalam hujahan berkata, tiga elemen perlu dikemukakan pihak pendakwaan berkaitan kesalahan itu untuk membuktikan tertuduh terbabit.
Katanya, tiga elemen itu adalah si mati perlu dibuktikan dia adalah Hamid Mat Salleh dan meninggal dunia, kedua sebab kematian adalah kecederaan yang dialami dan ketiga tertuduh berniat untuk mendatangkan bencana tubuh terhadap si mati serta bencana tubuh itu cukup pada lazimnya menyebabkan kematian.
"Berdasarkan kepada penemuan yang dikenal pasti, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen ketiga, apabila tertuduh didakwa menggunakan cangkul sehingga menyebabkan kematian mangsa yang menimbulkan keraguan memandangkan ia ditemui di tempat terbuka dan tidak disorokkan oleh tertuduh.
"Dalam kes ini pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan mengikut keadaan
kerana tiada saksi mata, tiada rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada keterangan forensik untuk mengaitkan tertuduh terbabit secara langsung dan tiada kesan darah pada badan, pakaian, kuku atau rambut walaupun tertuduh ditangkap selepas kejadian pada hari yang sama.
"Oleh yang demikian, tertuduh dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aida Abdul Jabar dan tertuduh diwakili peguam Azeezi Nordin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hamid Mat Salleh, 83, bertempat di hadapan sebuah rumah di Kampung Chat Rimau, dekat Tanah Merah, lebih kurang 5 pagi, pada 26 Januari 2019.
Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ripada-hukuman-mati |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|