View: 254|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Ibu menantimu Darwis sejak 17 tahun lalu
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hilang23232_1681972728.jpg)
Hashimy (kiri) tidak pernah putus asa mencari abangnya yamg sudah 17 tahun menghilangkan diri. FOTO IHSAN PEMBACA
Kuala Lumpur: Sejak 17 tahun lalu, lelaki ini tanpa kenal erti putus asa terus berusaha mengesan dan mencari abang kandung menghilangkan diri dari rumah mereka di Kondo Rakyat Pantai Dalam, di sini.
Mohd Hashimy Suratman, 36, berusaha mengesan abangnya, Darwis Sumala yang kini sudah berusia 39 tahun di seluruh negara termasuk di sempadan Thailand.
Darwis Sumala yang juga anak kedua daripada empat beradik dilaporkan hilang pada Mei 2006. Ketika kejadian, Darwis masih bujang serta berkerja sebagai pembantu awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bagaimanapun punca kehilangan Darwis tidak diketahui keluarganya yang menyifatkan hubungan mereka dalam keadaan baik serta tiada sebarang perselisihan faham berlaku dalam tempoh itu.
Mohd Hashimy berkata, sepanjang tempoh kehilangan abangnya itu, ibu bapa mereka, Suftuyah Bujang dan Suratman Amin menanggung bebanan rindu.
"Malah harapan bapa menunggu kepulangan Darwis tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu dijemput Ilahi kerana sakit jantung tahun lalu.
"Sudah pelbagai usaha saya lakukan termasuk pergi ke sempadan Thailand selain turut meminta bantuan peniaga dan polis di sana. Malangnya belum ada sebarang petunjuk baru ditemui.
"Saya juga membuat semakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Polis dan bank. Namun semua maklumat berkenaan abang adalah rekod lama," katanya semalam.
Dia amat berharap Darwis akan terbuka hati untuk pulang bertemu keluarganya terutama ibu mereka yang kini semakin berusia.
"Biarpun sudah 17 tahun abang hilang, ia tak sedikit pun menghilangkan rasa rindu kami. Malah kami sentiasa berdoa dia akan pulang ke pangkuan keluarga.
"Hati saya kuat mengatakan yang abang masih ada, malah ibu juga begitu dan selalu mimpikan abang. Pulanglah abang... kalau tak mahu jumpa saya atau adik jumpa ibu pun jadilah. Sekurang-kurangnya kami tahu abang tinggal di mana itu sudah cukup," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Darwis boleh menghubungi Mohd Hashimy di talian 012-2509005.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejak-17-tahun-lalu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|