CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 331|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengarah syarikat, penganjur Hooray X Fest ditahan

[Copy link]
Post time 20-4-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Pengarah syarikat dan penganjur festival membeli-belah sempena Syawal, Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Putra (WTC), di sini, ditahan bagi membantu siasatan berhubung acara berkenaan yang dibatalkan saat-saat akhir pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan selepas menerima laporan polis berhubung perkara itu, semalam.

"Susulan laporan itu, kami menahan tiga individu termasuk seorang wanita yang juga pengarah serta penganjur festival berkenaan berusia antara 50 hingga 51 tahun, hari ini.

"Semua suspek yang ditahan direman selama dua hari bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, semakan dilakukan mendapati semua individu yang ditahan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Setakat ini, kami menerima enam laporan polis berhubung kes berkenaan. Justeru, kami menyeru orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang urus niaga bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah atau penipuan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu atau sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan karnival jualan sempena Aidilfitri yang sepatutnya bermula Selasa lalu hingga esok di WTC dibatalkan di saat akhir akibat penaja utama menarik diri.

Ketua Pengarah Eksekutif Tenview (M) Sdn Bhd yang juga penganjur karnival itu, Datuk Mohammad Aliff Hakim dipetik berkata, situasi itu menyebabkan bayaran untuk lokasi acara tidak dapat dilunaskan.

Mohammad Aliff yang mengadakan pertemuan dengan peniaga-peniaga yang terkesan Selasa lalu memaklumkan mereka akan mengembalikan wang kepada peniaga tetapi turut memberikan pilihan buat mereka.

Terdahulu, peniaga-peniaga yang sudah menempah gerai jualan raya di karnival itu meluahkan rasa kecewa apabila ia dibatalkan saat akhir.

Pengumuman itu dibuat pihak WTC yang turut tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian berlaku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... oray-x-fest-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046380 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list