CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Terengganu] Daging lembu tempatan, ayam segar, ayam tua dan santan jadi rebutan

[Copy link]
Post time 20-4-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 4.5 tan metrik daging lembu tempatan yang dijual pada harga RM36 sekilogram (kg) habis dalam tempoh dua jam.

Selain daging lembu, ayam segar dan ayam tua turut menjadi rebutan pengguna sebagai persiapan terakhir menyambut Aidilfitri.

Tinjauan di Pasar Chabang Tiga, di sini, mendapati pengguna mula memenuhi gerai menjual daging lembu tempatan, ayam dan ayam tua seawal jam 7 pagi.

Selain gerai menjual daging lembu dan ayam, gerai menjual kelapa turut dipenuhi pengunjung apabila sanggup beratur panjang untuk membeli santan.



Penjual daging, Yusof Mat Ali, 37, berkata enam ekor lembu dianggarkan seberat kira 3.8 tan metrik disembelih tengah malam tadi.

Katanya, kerja melapah enam ekor lembu siap sebelum Subuh dan terus dihantar ke pasar untuk dijual.

"Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan harga maksimum daging lembu sekilogram adalah RM41 sekilogram, peniaga mengambil pendekatan dan bersetuju menurunkan harga daripada RM38 kepada RM36 sekilogram," katanya.

Yusof juga mengakui dia dan beberapa peniaga lain menyediakan lebih 15 ekor lembu lagi untuk disembelih petang ini jika Aidilfitri esok.

Sementara itu, lebih 10 peniaga santan di pasar Chabang Tiga, di sini, `tidak menang tangan' melayan permintaan pengguna.

Tinjauan mendapati lebih 100 pengunjung sanggup beratur panjang dan menunggu sehingga 30 minit untuk membeli santan.

Pengusaha santan, Wan Yusof Wan Muda, 67, mengakui sebanyak 10 tan metrik kelapa tua untuk dijadikan santan habis dijual dalam tempoh tiga jam hari ini.

Katanya, proses mengisar dan memerah kelapa untuk dijadikan santan dilakukan sejak jam 3 pagi ini.

"Bekalan santan mencukupi kerana kebanyakan peniaga sudah membuat tempahan kelapa tua sebagai persediaan menghadapi Aidilfitri sejak Khamis lalu.

"Sehingga jam 11 pagi ini, sebanyak 10 tan metrik kelapa tua sudah diproses untuk dijadikan santan," katanya.


Gerai menjual santan diserbu pelanggan seawal jam 7 pagi ini. NSTP/Baharom Bakar

https://www.bharian.com.my/berit ... santan-jadi-rebutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.316540 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list