CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33983|Reply: 19

[Tempatan] Dah tunang 5 tahun tapi bila discuss nak kahwin mesti bergaduh, Wanita suruh encik tunang cari pengganti

[Copy link]
Post time 10-1-2025 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 10-1-2025 10:14 PM





RAKAMAN perbualan antara seorang lelaki dan wanita di dalam sebuah kereta tentang hala tuju hubungan mereka menarik perhatian ramai selepas ia dikongsikan di TikTok.

Menerusi rakaman video daripada telefon secara tersembunyi itu, situasi tegang tercetus selepas lelaki berkenaan mempersoalkan tempoh pertunangan mereka yang sudah menjangkau lima tahun tanpa sebarang perkembangan ke arah perkahwinan.

"Saya nak tanya soalan serius sikit boleh tak? Tadi ibu saya call, dia tanya bila (kita) nak kahwin? Sudah bertunang sampai lima tahun dah. Tak nak kahwin ke?," ujarnya.

Namun soalan tentang perkahwinan itu mencetuskan rasa kurang senang pasangannya yang mula melenting.

Sebagaimana dapat didengar daripada rakaman itu, si wanita memberi alasan bahawa dia masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"You... benda ni kita dah bincang banyak kali. You ni asyik kahwin, kahwin, kahwin la! Kan I dah cakap I tak ready.

"Bagi la saya bersedia dulu. Bagi masa sikit saja lagi. Masalahnya I belum bersedia. Kenapa nak paksa-paksa?," kata wanita itu dalam nada marah.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut mencabar tunangnya untuk mencari orang lain jika tidak mahu terus menunggu.



"Kalau you nak cari orang lain, cari la... kahwin je la dengan orang lain," tegas wanita itu lagi.

Bagaimanapun lelaki berkenaan yang kelihatan kecewa hanya mampu membalas dengan luahan isi hatinya.

"Lima tahun tu bukan sekejap sayang. Apa-apa boleh berlaku," katanya.

Video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan membuat spekulasi sendiri selepas mendengar perbualan mereka.

Ada yang menyokong si wanita kerana ingin bersedia sebelum memikul tanggungjawab sebagai isteri, tetapi tidak kurang juga yang berpihak kepada lelaki tersebut.



"Laju je suruh cari orang lain. Lima tahun bertunang tak sedia nak kahwin. Aneh-aneh je.

"'Gerak je la bang. Tengok dia punya jawapan pun dah tahu. Semoga dipermudahkan urusan.

"Lamanya bertunang. Tak berani nak keruhkan keadaan. Semoga yang baik-baik saja untuk anda.

"Ada benda tak kena tu kalau macam-macam alasan dan siap suruh cari orang lain. Bertunang lima tahun tu tempoh lama sangat," demikian komen netizen.

Sebagai pelajaran bersama, laman web Pejabat Mufti Wilayah persekutuan pernah mengulas tentang isu pertunangan.

"Kami cadangkan agar pertunangan yang dilangsungkan sebaik-baiknya dipendekkan tempoh masanya hanya beberapa minggu atau sebulan dua sahaja.

"Ini kerana, matlamat asal adalah perkahwinan dan mengelak sebarang bentuk dan pintu yang membawa kepada maksiat," katanya.

Sumber ; Mstar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 01:19 AM | Show all posts
Mula2 ambik masa begitu lama utuk menjadi isteri dg alasan tak ready.  Esok2  tangguh tak mau anak pula. Alasan belum ready nak jadi ibu.
Aduhai lelaki......... bunga tak sekuntum la wahai Cik Abang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xnak kawin lg, buat apa nak tunang2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan ni jual apa? Ke bisnes MLM? nampak nau muhong punya cite
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Perils replied at 11-1-2025 12:29 PM
Jantan ni jual apa? Ke bisnes MLM? nampak nau muhong punya cite

Tu le tak masok akal..  Melainkan betine tu spesis Sajat tapi belom potong.  Tu yang tak bersedia lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 03:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam baca plot novel ahadiat akashah gitew..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2025 04:28 AM | Show all posts
kalau dah hodoh, tak kemana, eh silap,

kalah dah bodoh, tak kemana, eh silap,

kalau dah jodoh, tak kemana, aa gituu
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:03 AM | Show all posts
Bagi aku simple je, pompuan tu ada skandal dlm diam. Bek putuskan dan cari je pompuan lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 12-1-2025 05:03 AM
Bagi aku simple je, pompuan tu ada skandal dlm diam. Bek putuskan dan cari je pompuan lain.

jangan la berskandal..kan ada citer..kena cekik tunang..pastu jd 'hantu' bila mati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 11:16 AM | Show all posts
Selalu lelaki yang nak tangguh dulu sebab belum cukup duit ke apa
Ni pompuan lak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm, cari ja la yang len da dia suruh.. biasa kalau dah sayang terus nak kawin, buat ape ikat lama2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul ko tunang diknon ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak logik laa
Selalunya pompuan yg mendesak nak kahwin
Kalau pompuan melayu laa
Kalau org barat skrg ni pompuan mcm tak kisah sgt nk kahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 12-1-2025 05:03 AM
Bagi aku simple je, pompuan tu ada skandal dlm diam. Bek putuskan dan cari je pompuan lain.

Ha ah kan..bisasanya pmpuan yg cepat nk kawen sbb pmpuan ada dateline berbanding llaki...klu dh lama bertunang tp xnak cepat kawen, ada sbb tu, ataupun pmpuan ni ada penyakit kelamin, nk brubat secara sembunyi dulu....speku ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan tu dah ade 1st choice lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari je la yg lain pada buang masa menunggu yg itu je. Kalau betul nak buat pe nak tangguh2 lain le kot nak kumpul duit dulu. Ke abg ni duit tu tak pernah cukup si tunang lak nak kena suntik sama... Kalau sbb tu mungkin la kot dia asyik nak tangguh ckp tak bersedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tunang sthn je plg lama...plg cpt tunang pg..mlm akad nikah..kalau nampak mcm xfikir nk kawen tu fhm fhm je la angkt je la kaki..

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 08:28 PM | Show all posts
Budak jantan ni OKU lembam ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 08:28 PM | Show all posts
pejabat aku ada sorang mcm nie, masih bertunang...dah masok 10 tahun dah, kalo tanya si perempuan mesti muka petak je bab bila nak kawen nie

tgk life mcm dah kawen, semua benda share....kereta, bill n so on, tapi x kawen2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 08:35 PM | Show all posts
ppuan tu dah ada skandal lain....better lelaki tu carik lain jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.087724 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list