CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KL ada 50 'hotspot' dan 11 'black spot'

[Copy link]
Post time 20-4-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Sarifudin mengedarkan buah tangan kepada warga kota yang pulang ke kampung pada Program Jom Balik Kampung di Plaza Tol Jalan Duta, hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti lebih 50 'hotspot' ( aliran trafik tinggi) dan 11 'black spot' (kawasan sering berlaku kemalangan) di seluruh ibu kota.

Susulan itu anggota polis trafik akan ditempatkan bagi mengawal kesesakan lalu lintas sempena Op Lancar dan Op Selamat menjelang Aidilfitri kali ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara kawasan 'hotspot' yang dikenal pasti adalah Jalan Kuching, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras di sini.

Beliau berkata, fokus PDRM adalah untuk memastikan kelancaran pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Selain itu, pihak JSPT turut menempatkan anggota polis di bazar Ramadan terpilih sekitar Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa ini.

"Begitu juga anggota tugas am yang ditempatkan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara, di sini, tadi.

Beliau berkata, JSPT Kuala Lumpur turut menempatkan anggota mereka di pusat beli belah bagi mengawal lalu lintas seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan Pusat Beli Belah Kenanga.

Setakat ini, Sarifudin berkata, kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri berjalan lancar dan terkawal.

Pada Selasa lalu, PDRM melaksanakan Op Lancar bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Selain itu, PDRM melancarkan Op Selamat bermula hari ini hingga 27 April yang bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi' bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri kali ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor berkata fokus Op Lancar adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri manakala Op Selamat adalah berfokus kepada meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-dan-11-black-spot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040169 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list