View: 111|Reply: 0
|
'Arsenal akan bangkit semula' - Arteta
[Copy link]
|
|
'Arsenal akan bangkit semula' - Arteta
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/arteta111_1681993791.jpg)
MIKEL Arteta. FOTO Reuters
London: Mikel Arteta yakin Arsenal mampu kembali kepada rentak kemenangan selepas keputusan seri menentang Liverpool dan West Ham menjejaskan momentum mereka dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Gunners mensia-siakan kelebihan dua gol dalam kedua-dua perlawanan dan pendahulu liga itu kini hanya empat mata di depan juara bertahan, Manchester City, yang kurang satu perlawanan.
Kedua-dua pasukan yang sedang memburu gelaran liga akan bertemu di Stadium Etihad minggu depan dalam perlawanan yang cukup penting.
Arteta berkata, pasukannya sedia untuk bangkit semula pada perlawanan seterusnya menentang pasukan tercorot, Southampton, Sabtu ini.
"Saya sangat yakin. Situasi sekarang ini perkara biasa dalam persaingan terutamanya dalam bola sepak
"Walau apa pun matlamat atau sasaran, ia tidak akan berjalan dengan lancar. Anda perlu memahaminya dan bersedia untuk apa juga situasi. Saya mahu lihat pemain bangkit semula Sabtu ini," katanya.
Pengendali dari Sepanyol itu mengakui pasukannya perlu mempunyai perwatakan 'lebih kejam' dalam usaha mereka memburu gelaran liga utama buat kali pertama selepas 19 tahun.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngkit-semula-arteta
|
|
|
|
|
|
|
| |
|