View: 236|Reply: 1
|
[Terengganu]
Remaja perempuan ditemukan lemas di Lata Changkah
[Copy link]
|
|
Mangsa, Nor Alia Farhana. FOTO Ihsan PDRM
Setiu: Perkelahan seorang remaja perempuan bersama saudaranya berakhir tragedi apabila ditemukan lemas ketika mandi manda di Lata Changkah, Kampung Hulu Seladang, di sini tengah hari tadi.
Mangsa, Nor Alia Farhana Mat Zaid, 20, dikatakan mandi manda bersama enam saudara perempuan yang lain sebelum ditemui lemas pada kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berada di dalam ambulans dan pegawai perubatan sedang berusaha memberi rawatan awal Cardio Pulmonary Ressuscitetion (CPR) sebelum mengesahkan meninggal dunia.
"Hasil temubual bersama saksi yang juga bapa saudara berusia 61 tahun memaklumkan mangsa sedang mandi-manda bersama enam orang anak saudara dan beberapa saudara maranya yang lain.
"Bapa saudara terbabit mendapati seorang anak saudaranya tenggelam ke dasar jeram dan tidak timbul sebelum di bantu saudara mara yang lain berusaha membantu menyelamatkan mangsa naik ke darat.
"Bagaimanapun, pegawai perubatan yang pergi ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bandi, Kemaman meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Afandi berkata, mayat dihantar ke Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya dan hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian akibat lemas.
"Kematian mangsa yang tidak bekerja dan beralamat di Felcra Seri Bandi, Kemaman diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga pada jam 6.30 petang tadi untuk urusan pengebumian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-di-lata-changkah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|