CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Kelantan] Lebih 80 bakal jemaah umrah 'berputih mata', rugi RM600,000

[Copy link]
Post time 27-4-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Hasrat lebih 80 individu untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu tidak kesampaian, apabila ditipu sebuah agensi pelancongan.

Lebih menyedihkan, mereka mengalami kerugian lebih RM600,000 susulan bayaran penuh sudah dibuat sejak Oktober tahun lalu, namun sehingga kini wang bakal jemaah tidak dikembalikan.

Mangsa, Noraini Pauzi, 50, dari Machang berkata, dia sepatutnya menunaikan umrah bersama anaknya dan sudah membayar sebanyak RM15,200 memandangkan pakej setiap seorang adalah RM7,600.

"Kami sepatutnya berlepas pada 14 Disember tahun lalu namun seminggu sebelum berlepas, kami dimaklumkan oleh agensi berkenaan, umrah kami ditangguhkan susulan ketika itu berlangsung Piala Dunia di Qatar.

"Kami kemudiannya dijanjikan akan berlepas pada Februari, namun sekali lagi gagal kerana memaklumkan terdapat masalah di Makkah, sebelum dijanjikan penerbangan seterusnya pada Mac.

"Namun, janji tinggal janji dan hasrat kami untuk menunaikan umrah tidak kesampaian. Apabila kami mendesak untuk mendapatkan semula wang kami, pelbagai alasan diberikan dan sehingga kini masih masih menunggu wang dikembalikan," katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, di sini, hari ini, yang turut disertai lebih 20 bakal jemaah yang lain.

Noraini berkata, dia begitu teruja menunaikan umrah memandangkan pertama kali mahu menunaikan ibadat berkenaan, namun akhirnya hanya kecewa yang diperoleh.

"Justeru, kami berharap wang kami dikembalikan semula kerana kami bukan orang senang. Itu duit hasil kerja keras kami untuk menunaikan umrah.



SEBAHAGIAN bakal jemaah membuat laporan polis mendakwa ditipu agensi pelancongan di Balai Polis Kota Bharu, di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

"Saya juga bertanyakan agensi pelancongan lain, mereka tidak berdepan sebarang masalah pun membawa jemaah umrah, namun agensi pelancongan kami memberi pelbagai alasan," katanya.

Mangsa, Hasliliwani Ab Ghani, 37, turut meluahkan rasa kecewa apabila hasrat dia bersama kakak serta abang untuk menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian.

"Lebih menyedihkan duit yang kami gunakan adalah duit arwah ibu kerana sebelum ibu meninggal dunia, dia berhasrat membawa kami adik-beradik menunaikan umrah, namun tidak kesampaian.

"Justeru, kami menggunakan duit peninggalan arwah ibu untuk menunaikan umrah, namun tidak menyangka akhirnya kami ditipu agensi pelancongan.

"Sudah beberapa kali kami cuba berunding untuk mendapatkan semula duit, namun gagal dan berharap nasib kami terbela selepas membuat laporan polis," katanya.

Azra Zahari, 43, yang turut tampil membuat laporan polis bagi pihak kedua ibu bapanya menggesa agensi pelancongan itu mengembalikan semula wang mereka.

"Ini kami pertama mak ayah saya mahu menunaikan umrah. Majlis doa selamat dan solat hajat juga sudah diadakan sebelum ini, namun sehingga kini mak ayah gagal menunaikan umrah.

"Disebabkan itu mak ayah saya jadi malu dengan penduduk kampung sehinggakan segan untuk pergi ke surau," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gi-rm600000-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.368626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list