CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 477|Reply: 1

[Pahang] Nur Hafizah belum ditemui, keluarga sambut Syawal dalam syahdu

[Copy link]
Post time 27-4-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Ibu saudara mangsa, Roszawati Mohamad 45, menunjukkan foto Nur Hafizah yang hilang. FOTO arkib NSTP

Rompin: Syahdunya Syawal apabila dirai tanpa orang tersayang di sisi, apatah lagi orang yang dinanti masih belum pasti sama ada hidup ataupun mati.

Begitu dirasai Zailan Abd Mani, 49, sekeluarga apabila anaknya, Nur Hafizah yang hilang selepas terjatuh dari jambatan gantung di Kampung Aur, Muadzam Shah, di sini, ketika kejadian banjir 3 Mac lalu masih belum ditemui sehingga kini.

Menurut kakak Nur Hafizah, Nur Wahida, 25, keluarganya menyambut Aidilfitri tahun ini secara ala kadar malah tiada persiapan dilakukan tambahan pula kediaman mereka baru saja dilanda banjir.

Sebelum ini katanya, setiap kali menyambut lebaran, Nur Hafizah atau lebih mesra dipanggil Kak Ngah paling teruja membuat persiapan termasuk menyediakan kuih raya.

"Setiap tahun kami akan sama-sama menyediakan juadah kuih gunting selain mengemas rumah, memasang pelita dan sebagainya.

"Malah Kak Ngah sudah merancang mahu memakai baju sedondon warna biru pada raya tahun ini tapi dia tiada, jadi kami sekeluarga tidak melakukan apa-apa persiapan," katanya.



NUR Wahida menunjuk gambar kucing yang mahu diselamatkan adiknya, Nur Hafizah sebelum terjatuh dari jambatan gantung. FOTO ihsan pembaca

Nur Wahida berkata, seminggu sebelum kejadian, Nur Hafizah ada menghantar mesej melalui WhatsApp mengatakan 'saya sayang awak' namun menyangka ia hanya usikan kerana adiknya suka bergurau.

"Saya tidak menyangka mesej itu penuh makna dan kami sekeluarga masih menanti kepulangannya walau apa pun keadaannya," katanya yang tidak putus berdoa supaya adiknya ditemui.

Dia berkata, keluarganya masih tidak putus asa mencari Nur Hafizah terutama bapanya yang setiap hari akan turun ke sungai dengan harapan anaknya itu dapat ditemui.

"Ayah masih belum dapat menerima kehilangan Kak Ngah namun keadaannya kini bertambah baik berbanding di awal kejadian.

"Orang kampung juga masih membantu meneruskan usaha mencari Kak Ngah walaupun operasi pencarian dihentikan pada 4 April lalu," katanya.

Dalam kejadian 3 Mac lalu, Nur Hafizah dilaporkan hilang dibawa arus laju ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui mangsa sebelum dihentikan pada 4 April lalu.

Nur Hafizah dikatakan menyeberangi jambatan gantung untuk pulang ke rumahnya bagi menyelamatkan kucing peliharaan disebabkan rumah mereka ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, jambatan terbabit putus menyebabkan Nur Hafizah terjatuh ke dalam sungai sebelum hilang dibawa arus laju.

Nur Hafizah adalah pelatih Program Pembangunan Tamadun Orang Asli (Petama) anjuran Yayasan Pahang pada 2021 dan kemudiannya dilantik sebagai Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (Pepima) bagi kampung Orang Asli Gadak dekat Bukit Ibam, tahun lalu.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... syawal-dalam-syahdu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2023 03:19 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga keluarga ni tabah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.242755 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list