CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Selangor] Lelaki ditemui meninggal dunia, baju raya masih tergantung di dinding

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar dari video yang dikongsikan oleh DDQ Services berkenaan lokasi mayat lelaki itu ditemui.



PETALING JAYA – Sayu hati orang ramai, apabila seorang lelaki ditemui meninggal dunia bersendirian, dua hari sebelum menjelangnya Syawal.

Menerusi video yang dikongsikan DDQ Services di akaun TikTok, lelaki berkenaan juga dikhabarkan, tidak sabar untuk menyambut hari raya walaupun hidup sendirian tanpa saudara-mara disisi.

Tambah DDQ Services, ketika mereka masuk ke kediaman lelaki terbabit, turut ditemui sepasang baju melayu lengkap dengan sampin dan kasut yang sudah disediakan untuk dipakai pada hari raya nanti.

Tambahnya, ketika masuk ke rumah tersebut, dia berasa terkejut melihat keadaan mayat lelaki melayu itu yang agak tragik.

“Dapat dilihat pada air yang keruh, ulat sampah sedang berenang-renang di takungan air dirumah berkenaan, akibat dari sistem perparitan yang sudah tersumbat,” luahnya.

Katanya, kisah lelaki berkenaan turut mendatangkan rasa sayu didalam hati serta mengajar dia untuk sentiasa menghargai orang disekeliling, mengeratkan hubungan persaudaraan dan sentiasa membantu insan yang memerlukan.

Pemilik kedai berdekatan lokasi mayat ditemui turut berkongsi, sebelum ini dia pernah berbual dengan lelaki terbabit dan dia pernah bercerita untuk memiliki sebuah rumah sendiri suatu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai simpati dengan nasib yang menimpa lelaki berkenaan dan berdoa supaya dia ditempatkan bersama orang beriman.

“Ya Allah, kau tempatkan lah dia di syurga kedudukan paling tinggi dan dikalangan orang-orang yang beriman. Saya harap semua yang melihat ni (video) berdoa untuk pakcik ini,” komen RealFarz.

“Aku teringat arwah kakak aku, meninggal seorang diri masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Polis jumpa seminggu lepas dia meninggal,” luah Izz Waffi.

Video berkenaan menjadi tular di aplikasi TikTok sejak semalam dengan perkongsian sebanyak 6,745, 68,900 tanda sukaan dan 1,803 komen. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... gantung-di-dinding/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.042749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list