CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Selangor] Tawar khidmat jadi peneman beraya serendah RM100

[Copy link]
Post time 27-4-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar berkenaan khidmat yang ditawarkan oleh kaum wanita yang menjadi trending di Twitter



PETALING JAYA – Trend menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ dan kekasih lakonan oleh kaum wanita dengan bayaran serendah RM100 di aplikasi Twitter mengundang rasa tidak senang ramai pihak.

Menerusi satu perkongsian oleh Amirul Ruslam di Twitter miliknya, dia berkata, trend sebegini tidak baik dan mencemarkan maruah serta menghilangkan sifat malu sebagai seorang wanita islam.

“Entahlah, bagi aku ‘trend’ atau gurauan sewa diri adalah satu trend yang merosakkan sifat malu seseorang muslim,” katanya.

Tambahnya, trend sebegitu seolah-olah menjual maruah dan kehormatan diri bahkan aktiviti yang mendorong ke zina dianggap sebagai satu kebanggaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pandangan yang sama seperti lelaki berkenaan.

“Pegang tangan ada caj tau korang. Jijik betul, memang menggalakkan zina,” komen Anonymous.

“Innalillah, Ya Allah, janganlah kau uji anak-anakku dengan ujian sebegini,” komen pengguna Twitter Nazir.

“Ini yang saya nak komen masa nampak trend tu. Tapi hanya mampu benci dengan selemah iman,” luah Syida.

Perkongsian itu tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 150,000, 1,079 ulang ciap dan 1,605 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... sih-serendah-rm100/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.124577 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list