CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Terengganu] Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal di bawah pengaruh dadah

[Copy link]
Post time 29-4-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dilanggar seorang lelaki yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) dalam Operasi Khas Motosikal (Op Khas Motosikal) sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri 2023 (Op HRA 2023), di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika anggota terbabit sedang menjalankan tugas pemeriksaan di SJR hadapan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, jam 10.10 malam tadi.

Rempuhan itu menyebabkan anggota terbabit terjatuh di jalan raya dan mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai nelayan itu bertindak merempuh SJR kerana mendakwa takut ditahan disebabkan tidak memiliki lesen memandu.

Dia yang menunggang motosikal dari arah Batu Rakit ke Kuala Terengganu dikatakan merempuh dua sekatan jalan raya namun berjaya ditahan dengan kerjasama penduduk selepas cuba melarikan diri melalui jalan kampung.

Sebaik ditahan, lelaki berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu diserahkan kepada polis dan pemeriksaan mendapati dia menunggang di bawah pengaruh dadah.



LELAKI berusia 25 tahun di bawah pengaruh dadah ditahan selepas merempuh SJR raya mengakibatkan seorang anggota JPJ cedera ringan. FOTO Ghazali Kori

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, soal siasat yang dijalankan polis terhadap lelaki terbabit, suspek mengaku mengambil dadah jenis methamphetamin.

"Mujur anggota yang terbabit tidak mengalami kecederaan teruk dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kesalahan membabitkan penggunaan bahan khayal seperti dadah dan alkohol dalam kalangan pengguna jalan raya kerana ia boleh menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

"Kita sangat mengambil serius mengenai kesalahan memandu dalam pengaruh dadah dan alkohol kerana antara punca kemalangan adalah disebabkan memandu dalam keadaan khayal dan mabuk.

"Sebab itu setiap kali musim perayaan atau operasi biasa, kita memberi tumpuan terhadap pemeriksaan air kencing bagi memastikan pemandu bebas dari pengaruh bahan khayal," katanya.

Katanya, pada Op HRA 2023, pihaknya menjalankan sebanyak 113 saringan air kencing terhadap pemandu bas berbanding 109 saringan tahun lalu.

"Daripada jumlah saringan yang dibuat, kita mendapati semua pemandu bas bebas daripada pengaruh dadah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... awah-pengaruh-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063789 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list