View: 178|Reply: 0
|
[Terengganu]
Buat hal lah Amri...
[Copy link]
|
|
Kuala Nerus: Tindakan menggunakan nombor pendaftaran nama sendiri membawa padah buat seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) apabila ditahan, malam tadi.
Pelajar berusia 20-an itu ditahan dalam dalam Operasi Khas Motosikal (Op Khas Motosikal) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2023, kerana mengubah suai nombor pendaftaran kepada nama sendiri 'AMRI 329'.
Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin berkata, pemuda itu antara individu yang menerima notis saman sepanjang Op HRA bermula 18 April lalu hingga semalam.
MOTOSIKAL yang ditahan ditahan kerana menggunakan nombor pendaftaran menggunakan nama sendiri. FOTO Ghazali Kori
"Sepanjang tempoh Op HRA 2023, secara keseluruhan JPJ mengeluarkan sebanyak 1,234 notis saman sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2023 dan jumlah itu meningkat berbanding operasi sama tahun lalu iaitu 1,040 notis saman," katanya selepas mengetuai operasi, di sini, malam tadi.
Menurutnya, seramai 172 pegawai dan anggota JPJ Terengganu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam operasi malam tadi.
Katanya, selain notis saman, pihaknya turut menyita 20 kenderaan termasuk lima motosikal yang ditunggang warga asing.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hal-lah-amrimetrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|