CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Pahang] Insaf selepas terlepas tali gantung

[Copy link]
Post time 29-4-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode

BANDUAN, Aidil (bukan nama sebenar) menjalani hukuman 14 tahun penjara dan 20 sebatan kerana kesalahan mengedar dadah. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: "Hanya kerana terlalu kejarkan pendapat lumayan hasil jualan dadah, saya lupa hukuman berat yang menunggu," kata banduan yang hanya mahu dikenali sebagai, Aidil, 45.

Berkongsi kisahnya, lelaki ini berkata, dia sebelum ini menjual dadah di kawasan Felda Keratong, Rompin dan beberapa daerah di Johor.

Bermula sebagai penagih sejak remaja dan selepas itu, ada pihaknya menawarkannya untuk menjadi pengedar dengan menjanjikan pendapatan lumayan selain untuk kegunaan sendiri.

Katanya, keluarga juga tidak mengetahui bahawa dia seorang penagih dan pengedar.

Bagi mengaburi mata mereka, dia terbabit dengan aktiviti ternakan lembu bersama arwah bapa dalam ladang sawit milik keluarga.

"Setiap hari saya semakin rancak menjual dadah untuk penagih di kawasan Felda Keratong termasuk beberapa daerah di Johor. Saya mampu meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap kali menjual (dadah).

"Bagi penagih di kawasan Felda Keratong dan sekitarnya, mereka datang sendiri ke rumah saya bagi mendapatkan bekalan, manakala saya pergi di tempat lain apabila penagih menghubungi saya," katanya ditemui di Penjara Penor di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajinan mengusahakan projek ternak lembu bersama arwah bapa membuatkan keluarga dan masyarakat setempat tidak menduga dia adalah antara pengedar dadah yang terkenal dalam kalangan penagih.

Aidil berkata, dia pernah beberapa kali cuba ditangkap polis atas dakwaan mengedar dadah, namun disebabkan beberapa faktor termasuk tiada bukti kukuh, membolehkan dia terlepas daripada tuduhan.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, pada satu malam pada 2018, sepasukan polis menyerbu rumah saya selepas mendapat maklumat.

"Saya akhirnya mengaku (berhubung penemuan) heroin seberat 249 gram (g) dan 100 g syabu yang disimpan di dalam bilik milik saya.

"Saya dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati. Selepas rayuan dibuat, saya dihukum penjara 14 tahun dan 20 sebatan," katanya yang kini antara banduan baju biru (banduan peringkat khas).

Aidil menambah, selepas enam tahun berada di Penjara Penor, dia menyesal dengan episod hitam yang dilalui selama 10 tahun sebagai penjual dadah.

Menurutnya, dia bersyukur nyawanya tidak berakhir di tali gantung dan dijangka dibebaskan daripada hukuman penjara pada 2026.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rlepas-tali-gantung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.142639 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list