CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

[Kelantan] Jual kuih sarang tebuan, untuk beli kelengkapan raya

[Copy link]
Post time 30-4-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Jual kuih sarang tebuan, untuk beli kelengkapan raya


Rosnanie menyiapkan tempahan kuih sarang tebuan daripada pelanggan untuk hidangan raya. - NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: Meskipun tinggal sehari dua lagi menjelang Aidilfitri, seorang suri rumah gigih menyiapkan tempahan kuih sarang tebuan untuk membolehkan dirinya membeli kelengkapan bagi meraikan lebaran.

Menurut Rosnanie Maliki, 37, pendapatan keluarganya terputus apabila dia tidak dapat menjaja aiskrim sejak Ramadan ini dan hanya mengharapkan bantuan RM500 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, bermula dua minggu sebelum hari raya dia mula membuka tempahan yang diterima daripada penduduk sekitar daerah ini sebagai sumber kewangan, selain untuk membeli kelengkapan untuk lima anaknya yang berusia lapan tahun hingga 16 tahun.

"Sebelum ini, sumber pendapatan saya dan keluarga dengan menjaja aiskrim menggunakan motosikal, selain mengambil tempahan di majlis dan perayaan.

"Sejak Ramadan pendapatan kami terputus kerana tidak boleh menjaja aiskrim dan hanya makan ala kadar untuk berbuka dan bersahur.

"Jadi saya membuka tempahan kuih datang tebuan kepada rakan dan penduduk di daerah ini agar saya tidak ketinggalan dapat membuat persiapan hari raya untuk anak-anak," katanya ketika di rumahnya di Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini.


Jualan kuih sarang tebuan untuk tampung perbelanjanan menyambut Syawal. - NSTP/Paya Linda Yahya

Gigih siapkan tempahan kuih sebelum raya

Rosnanie berkata, sejak dua minggu lalu, dia menerima sebanyak 200 botol kuih sarang tebuan dan kini gigih menyiapkannya sebelum menjelang Aidilfitri.

"Sehingga kini sudah hampir 100 botol sudah dijual kepada pelanggan. Saya dua lagi rakan untuk menyiapkan tempahan permintaan pelanggan di sekitar daerah ini.

"Walaupun banyak permintaan terhadap kuih ini saya terpaksa menutup awal tempahan kerana masalah kesihatan saya hidapi, iaitu penyakit kencing manis kronik ," katanya.

Katanya, malah suaminya, Mohd Hassan Mat Zain, 49, juga mempunyai penyakit radang hati sejak setahun lalu dan kini segala urusan mencari nafkah dipikul di bahunya.

"Sejak awal tahun lalu, suami sering sakit dan tidak boleh melakukan kerja berat. Sekarang suami hanya duduk di rumah dan bercucuk tanam sayur-sayuran untuk kegunaan kami sekeluarga dan menjual secara kecil-kecilan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... li-kelengkapan-raya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.182857 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list