CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

[Pahang] Bayi lelaki baharu lahir ditemui dihurung kerengga

[Copy link]
Post time 30-4-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

LOKASI bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan ditemukan. FOTO Ihsan Polis.

Kuantan: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas kayu berhampiran pagar sebuah kilang makanan laut di Kampung Peramu di sini, hari ini.

Bayi yang dipercayai baharu beberapa jam dilahirkan itu ditemui seorang wanita berusia 52 tahun kira-kira 12.10 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, selain beberapa gigitan serangga, bayi itu dilaporkan stabil dan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian di wad kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afan (HTAA).

Beliau berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan bayi baharu lahir yang masih hidup berhampiran kilang makanan laut itu.

"Seorang wanita berusia 52 tahun yang menemui bayi itu mendakwa mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 7.30 pagi, tetapi tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan tangisan dari rumah jirannya.

"Namun, pada 11.30 pagi, wanita itu masih mendengar suara tangisan dan mencari suara berkenaan sebelum menemui seorang bayi lelaki masih hidup berhampiran pagar kilang makanan laut.

"Bayi berkenaan diletakkan di atas kayu dan ketika ditemui bayi itu dalam keadaan berdarah serta masih mempunyai tali pusat.

"Terdapat kerengga menggigit badan bayi berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wanita berkenaan kemudian meminta bantuan rakannya yang bekerja di kilang makanan laut itu untuk memaklumkan kepada polis.

Wan Zahari berkata, bayi itu kemudian dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari kilang, namun ia tidak menghala ke lokasi bayi lelaki itu ditemui.

"Kami percaya bayi itu dilahirkan di tempat lain dan suspek cuba menyembunyikan kelahiran dengan membuangnya di tempat kejadian pada awal pagi.

"Doktor yang memeriksa bayi berkenaan menganggarkan bayi itu dilahirkan kurang tiga jam sebelum diselamatkan," katanya.

Katanya, polis sedang mengumpul maklumat dengan mengunjungi klinik swasta di sini untuk mengesan suspek.

"Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 371 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-dihurung-kerengga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list