CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 10,000 lega tekanan pulih

[Copy link]
Post time 30-4-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

KERJA Naik Taraf Dan Pengagihan bagi Kawasan Tekanan Air Rendah Wilayah Klang di Jalan Kebun.

Kuala Lumpur: Lebih 10,000 penduduk Kampung Sungai Sireh lega dan bersyukur kerana masalah bekalan air dihadapi sebelum ini diselesaikan menerusi projek Pengaktifan Semula Kolam Air Bandar Sultan Sulaiman Fasa 4 dan kerja menambah baik tekanan air oleh Air Selangor.

Projek dengan kos keseluruhannya berjumlah RM2.55 juta itu membabitkan pengagihan semula air terawat dari Kolam Air Bandar Sultan Sulaiman Fasa 4, Klang dengan pemasangan paip baru bersaiz 450 milimeter (mm) sepanjang 0.92 kilometer (km) dari Bandar Sultan Sulaiman, merentasi Sungai Klang sehingga ke Kampung Sungai Sireh dan Flat Sri Perantau, Klang.

Pengerusi Surau Nurul Falah Kampung Sungai Sireh Tambahan, Ahmad Ismail berkata, pelaksanaan projek itu memudahkan urusan seharian penduduk.

Katanya, sebelum ini, tekanan air sangat rendah dan penduduk terpaksa menggunakan pam air untuk mendapatkan tekanan air biasa.

"Selain itu, penduduk juga tidak boleh menggunakan paip air seperti biasa berikutan tekanan air. Hal ini memberi kesukaran kepada penduduk.

"Alhamdulillah selepas projek ini selesai pada September tahun lalu, tekanan air sudah mula pulih dan penduduk juga tidak perlu lagi menggunakan pam," katanya ketika dihubungi.

Selain di Kampung Sungai Sireh, Projek Kerja Naik Taraf Dan Pengagihan bagi Kawasan Tekanan Air Rendah Wilayah Klang meliputi kawasan Sungai Kandis dan Jalan Kebun yang memakan belanja lebih RM4 juta memberi penyelesaian kepada masalah tekanan air rendah terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

Ketua Kampung yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Kandis, Zarwazi Khatib berkata, sebelum ini penduduk sekitar mengalami masalah tekanan air.

"Bukan itu saja, jalan utama sekitar kampung yang mendap disebabkan penggantian paip juga diturap dengan cantik. Sebelum ini, ada juga aduan yang saya terima mengenai tekanan air dan pemendapan jalan berikutan kerja pemasangan paip air. Kalau basuh baju menggunakan mesin basuh, ada kalanya mesin itu boleh berhenti disebabkan tekanan air rendah," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, penduduk di sekitar Kampung Sungai Sireh menghadapi masalah tekanan air rendah disebabkan lokasinya berada di penghujung sistem agihan air dari Kolam Air Bukit Rajah Industri dengan jarak melebihi 13 km.

"Disebabkan masalah berkenaan, sekiranya terdapat gangguan bekalan air membabitkan kolam agihan itu masa pemulihan mengambil masa yang lama," katanya.

Manakala projek yang membabitkan Wilayah Klang meliputi kawasan Sungai Kandis dan Jalan Kebun tidak hanya mengatasi masalah tekanan air rendah di sekitar kawasan berkenaan, tetapi pelaksanaan projek itu juga adalah inisiatif yang diambil pihak Air Selangor untuk memberi jaminan bekalan air bersih dan stabil kepada pengguna selain menurunkan kadar non-revenue water (NRW) di Selangor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lega-tekanan-pulih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.044422 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list