View: 221|Reply: 0
|
[Kelantan]
Sakit sekali pun tetap gagah diri cari rezeki
[Copy link]
|
|
Mohd Ikman Hisham Mat Nor (berbaju hijau) tetap mengagahkan diri untuk keluar bekerja demi sesuap nasi meskipun menghidap penyakit tibi tulang ketika ditemui di rumahnya di Taman Krai. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kuala Krai: Meskipun dirinya disahkan menghidap penyakit tibi tulang sejak akhir tahun lalu, bapa kepada empat anak ini tetap menggagahkan diri untuk bekerja demi sesuap nasi buat keluarganya.
Mohd Ikman Hisham Mat Nor, 40, berkata dia tidak pernah menyangka sakit pinggang yang dialami sejak beberapa tahun lalu adalah petanda menghidap penyakit tibi tulang dan pada masa sama turut menghidap penyakit asma.
Menurutnya, tahap kesihatannya merosot pada November lalu lalu melakukan ujian Pengimejan Resonan Magnetik atau MRI di Hospital Sultan Ismail Petra, di sini.
Katanya hasil ujian mendapati terdapat tompokan nanah pada bahagian tulang belakangnya dan terpaksa ditahan wad selama dua minggu bagi pemantauan.
"Disebabkan penyakit ini, saya terlantar hampir tiga bulan dan pada ketika itu hanya mengharapkan isteri, Noor Suhailam Mohad, 34, untuk menguruskan keperluan harian keluarga.
"Bagaimanapun, saya perlu melawan rasa sakit ini dan menggagahkan diri demi mencari sesuap nasi untuk kelangsungan kami sekeluarga selain keperluan empat anak berusia dua tahun hingga 15 tahun," katanya.
Mohd Ikman berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society Che Norhayati Mohamed di rumahnya di Taman Krai, di sini, semalam.
Katanya, dia bekerja sebagai tukang rumah untuk menyara keluarga dan kudratnya kini tidak lagi sekuat seperti sebelum ini.
"Mujurlah majikan memahami keadaan kesihatan saya dan hanya keluar bekerja ketika berasa sihat, namun ada kalanya sakit ini akan menyerang secara tiba-tiba ketika sedang bekerja dan memerlukan saya berhenti berehat untuk menghilangkan rasa sakit.
"Setiap sebulan sekali saya perlu menghadiri temujanji dengan pakar di Hospital Sultan Ismail Petra untuk mengetahui tahap perkembangan kesihatan selain jangkitan nanah pada bahagian tulang belakang," katanya.
Katanya, dia hanya berbelanja ala kadar untuk makan serta minum, dan ada kalanya mengharapkan ihsan saudara terdekat.
"Mujurlah anak-anak memahami kesusahan yang dialami dan mereka tidak pernah meminta luar daripada kemampuan saya.
"Saya tidak pernah putus berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 03072021134242 atas nama Mohd Ikman Hisham Mat Nor atau boleh menghubungi Noor Suhailam di talian 014-2982619.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-diri-cari-rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|