View: 182|Reply: 0
|
[Perak]
Op Tiris: 156 kes barang kawalan bersubsidi bernilai RM4.41 juta diambil tindakan
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kpdn_1682951416.jpg)
AZMAN bersama pegawai KPDN melawat ICQS di Pengkalan Hulu, Perak. FOTO Facebook.
Ipoh: Sebanyak 156 kes berhubung isu barang kawalan bersubsidi membabitkan nilai rampasan RM4.41 juta diambil tindakan hasil 5,371 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Op Tiris bermula 1 Mac hingga semalam.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof berkata kes terbaru membabitkan serbuan ke atas sebuah stor haram yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Jumaat lepas.
Katanya serbuan yang dilakukan bersama polis itu, membabitkan rampasan bernilai RM3.60 juta.
"Satu lagi kes adalah rampasan minyak diesel oleh KPDN di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada Sabtu lepas dengan nilai rampasan RM51,000.
"KPDN memandang serius isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu sempadan negara kerana ia memberi impak negatif dan kerugian yang besar kepada negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia dengan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian pihak kementerian.
Menurutnya KPDN juga sentiasa mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan di seluruh negara dengan menjalinkan kerjasama erat bersama agensi penguatkuasaan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen (JIM).
"Antara bentuk kerjasama tersebut adalah dari segi perkongsian maklumat serta kepakaran dalam memastikan isu berkaitan ketirisan barang kawalan dan bersubsidi dapat dibanteras bersama," katanya.
Semalam, Azman mengadakan lawatan kerja ke Kompleks ICQS Bukit Berapit bagi melihat sendiri situasi semasa di pintu sempadan negara khususnya di sempadan Pengkalan Hulu.
Lawatan kerja itu juga bertujuan mengeratkan kerjasama KPDN bersama agensi penguatkuasaan di ICQS berkenaan seperti pihak JIM dan Pasukan Gerakan Am, PDRM Perak terutama dari aspek kawalan serta tindakan penguatkuasaan berkaitan barang kawalan dan bersubsidi khususnya membabitkan minyak diesel.
Selain itu, lawatan berkenaan juga bagi mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk perluasan program stesen minyak tanpa subsidi di kawasan berhampiran sempadan Pengkalan Hulu-Thailand.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rm441-juta-diambil |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|