CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Kelantan] Telaga lama kering, penduduk gali baharu

[Copy link]
Post time 2-5-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk mengupah penggali untuk menggali semula telaga kering ekoran cuaca kemarau di Kampung Pauh Butut, Peringat di Kota Bharu baru-baru ini.



KOTA BHARU – Lebih 10 ke­luarga di Kampung Pauh Butut, Pe­ringat di sini terpaksa meng­gali semula telaga tiub yang dikorek kira-kira 10 tahun lalu di kawasan rumah mereka apabila air telaga menjadi kering akibat kemarau.

Seorang penduduk, Hafizul Marzuki, 38, berkata, dia terpaksa mencari wang untuk membayar upah bagi menggali semula telaga yang sedia ada pada kedalam empat meter.

Menurutnya, telaga tersebut perlu digali semula sedalam dua meter apabila air sudah kering sehingga menyukarkan penduduk untuk menggunakan bekalan air bersih.

“Saya terpaksa upah dua penggali dengan kadar bayaran RM300 untuk korek telaga. Bekalan air dari Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) pun sering tiada di kampung ini sejak lebih 10 tahun lalu. Jadi, kami hanya guna telaga tiub untuk kegunaan harian.

“Kebanyakan telaga sudah mengalami kekurangan air sejak pertengahan Ramadan lalu dan keadaan bertambah teruk apabila musim kemarau berterusan sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.


Kemarau menyebabkan banyak telaga menjadi kering dan terpaksa dikorek lagi.

Hafizul memberitahu, ada juga penduduk yang terpaksa menggali telaga baharu kerana sudah tidak tahan dengan air keruh yang keluar dari paip rumah mereka.

Seorang lagi penduduk, Moraswadi Ariffin, 40, berkata, dia tiada pilihan lain apabila air te­laga di rumahnya semakin menyusut sejak dua minggu lalu.

Katanya, telaga tiub yang lama sebelum ini digali sedalam dua meter dan perlu ditambah kedalaman kepada empat meter untuk mendapatkan air bersih.

“Kebanyakan penduduk di sini mengunakan perigi untuk kegunaan harian selepas bekalan air AKSB sering terputus.

“Kami mengambil inisiatif sendiri de­ngan menggali telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air.

“Masalah utama telaga tiub adalah ia akan semakin kering ketika musim kemarau. Setakat ini, air di dalam telaga masih boleh digunakan meskipun kadangkala airnya keruh,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... nduduk-gali-baharu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.132076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list