CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Kelantan] 39 cedera akibat mercun di Kelantan

[Copy link]
Post time 3-5-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kota Bharu: Sebanyak 39 kes kecederaan akibat terkena mercun dilapor di Kelantan dalam tempoh lebih sebulan bermula 25 Mac sehingga hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu, 10 kes dirawat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, manakala sembilan di Hospital Tanah Merah.

Katanya, masing-masing empat kes dirawat di Hospital Gua Musang dan Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai (3); Hospital Jeli (3); Hospital Tumpat (2); Hospital Machang (2) dan satu kes di Hospital Pasir Mas.

"Daripada jumlah itu, dua mangsa dirujuk kepada pakar perubatan kerana mengalami kecederaan yang serius.

"Sebanyak 23 kes dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan lanjut apabila mengalami kecederaan yang memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

"Selebihnya kes yang membabitkan 14 mangsa pula dirawat sebagai pesakit luar kerana kecederaan tidak serius," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, antara kecederaan dialami mangsa adalah patah jari tangan dan melecur beberapa bahagian badan termasuk muka dan mata, dengan mangsa terutama kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun.

"Pihak jabatan memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihati orang ramai terutama ibu bapa mengawasi anak-anak supaya tidak bermain mercun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mercun-di-kelantan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.079956 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list