View: 217|Reply: 0
|
[Perak]
Polis buru Tam bantu siasatan kes bunuh
[Copy link]
|
|
Ipoh: Polis sedang memburu seorang lelaki Vietnam bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara dalam kejadian pergaduhan di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Kurau, Bercham Gama, dekat sini bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek dikenali sebagai Tam berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu masih bebas sehingga kini.
"Kejadian berlaku pada 18 April pada 10.47 malam di sebuah pusat hiburan, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suspek dan lima lagi rakan senegara datang ke sebuah premis karaoke untuk berhibur.
"Berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek ketika di dalam premis sehingga berlarutan ke kawasan tempat letak kereta sebelum mangsa ditikam menggunakan botol kaca.
"Punca pergaduhan dikatakan mangsa berkelakuan tidak senonoh dengan teman wanita suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Yahaya, mangsa yang parah dibawa oleh rakan-rakannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan kecemasan manakala suspek melarikan diri.
"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira 1 pagi akibat tikaman pada leher dan badan mangsa setelah dimasukkan ke wad kecemasan HRPB.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan pada 19 April lalu mendapati mangsa maut akibat luka hirisan pada leher menggunakan senjata tajam," katanya.
Beliau berkata pihak polis menahan reman lima rakan mangsa termasuk dua wanita untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan selepas didapati tidak terbabit dalam kejadian pembunuhan itu.
"Kita sudah menggerakkan usaha menjejak Tam yang menjadi suspek utama kes ini dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan S. Dasarathan menerusi talian 012-5644484," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -siasatan-kes-bunuh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|