CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Selangor] Tiga lelaki curi tabung masjid diburu

[Copy link]
Post time 3-5-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN CCTV menunjukkan beberapa lelaki menggunakan pemotong besi sebelum melarikan tabung di sebuah masjid.

Petaling Jaya: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang melarikan tabung sebuah masjid di Jalan SS7/8 Kelana Jaya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada petugas masjid pada 7.30 pagi.

"Menurut pengadu, dia menyedari tabung berkenaan tiada di perkarangan masjid selepas selesai menunaikan solat subuh bersama jemaah lain.

"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan mendapati terdapat tiga lelaki tidak dikenal pasti masuk ke dalam masjid terbabit.

"Mereka dilihat menggunakan pemotong besi sebelum melarikan tabung masjid berkenaan yang menyebabkan kerugian dianggarkan RM400," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut," katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 32 saat menunjukkan beberapa lelaki menggunakan pemotong besi sebelum melarikan tabung di masjid berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abung-masjid-diburu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.081567 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list