View: 207|Reply: 0
|
[Terengganu]
Bakal menyembah bumi
[Copy link]
|
|
Kuala Nerus: "Saya ibaratkan rumah ini 'bakal menyembah bumi' berikutan strukturnya sudah dimamah usia selain lantai, dinding dan bumbung mengalami kerosakan teruk," kata Saidi Muhamad dari Kampung Baru Seberang Takir, dekat sini.
Menurutnya, rumah pusaka yang dihuni sejak kecil itu kini mengalami kerosakkan dan dengan pendapatan tidak menentu sebagai pemandu bot penambang amat mustahil baginya untuk membaiki rumah berkenaan.
Katanya, ditambah pula dia didiagnos mengalami penyakit hati (Sirosis), kencing manis dan darah tinggi menyebabkannya yang sebelum ini bekerja sebagai nelayan tidak meneruskan kerja terbabit.
Saidi yang berusia 48 tahun berkata, selepas tidak mampu untuk bekerja sebagai nelayan dia beralih membawa bot penambang sebagai mata pencariannya sekeluarga.
"Pendapatan membawa bot bergantung kepada penumpang dengan pendapatan antara RM20 hingga RM60 sehari.
"Di rumah pusaka ini, selain saya tinggal bersama isteri dan anak, dua anak saudara turut tinggal bersama," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Menurutnya, penyakit yang dialami membataskannya untuk melakukan kerja-kerja berat dan membawa bot merupakan satu-satunya punca pendapatannya.
Katanya, dia amat berharap pihak berkaitan dapat membantunya untuk membaiki kerosakan rumah yang kini kian uzur dan bakal menyembah bumi.
Dia berkata, apabila hujan mereka terpaksa berlindung di bahagian yang tidak bocor, begitu juga dengan bahagian lantai yang sudah reput dan tercabut.
"Sekiranya tersilap pijak kaki boleh terperosok ke bawah dan membahayakan keselamatan ahli keluarga.
"Yang paling runsing adalah struktur rumah yang semakin usang dan semakin lama bertambah kerosakan yang saya sendiri sudah tidak mampu untuk membaikinya," katanya.
Rumah yang dihuni Saidi Muhamad, 48, di Kampung Baru Seberang Takir. FOTO NAZDY HARUN
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yembah-bumi-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|