CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Perak] Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan reput di Tasik Bukit Merah

[Copy link]
Post time 6-5-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput di Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 3.30 petang mengenai penemuan satu mayat dalam keadaan tertiarap dan terapung dengan keadaan mayat sudah menggelembung dan mereput.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mayat mempunyai tatu pada lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan 'ushra' di lengan kanan mayat.

"Hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian mendapati tiada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata mayat terbabit akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Parit Buntar dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Kerian menerusi talian 05-7212222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-tasik-bukit-merah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.209984 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list