CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Perak] 'Pihak yang edit video saya, moga diberi hidayah Allah' - MB Perak

[Copy link]
Post time 6-5-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode

SAARANI Mohamad. FOTO Bernama.

Ipoh: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu itu, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebencian.

"Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin parti politik yang menggunakan video yang di edit itu untuk melemparkan kecaman dan maki hamun. Maki hamun yang dilemparkan pula tidak bersandarkan fakta dan hujah yang benar," katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau turut menyertakan video asal sidang media berhubung isu itu pada 12 April lalu.

Saarani berkata, beliau berharap pihak berkenaan supaya bermuhasabah, cermat dan berhati-hati memainkan isu yang boleh mengundang kekeliruan serta kebencian.

Beliau sebaliknya berkata, usaha untuk menambah jumlah tanah rizab Melayu di Perak terus dipertingkatkan sehingga jumlahnya merekodkan peningkatan saban tahun.

Katanya, setakat tahun lalu, sejumlah 953,075 hektar Tanah Rizab Melayu telah diwartakan di Perak.

"Jumlah ini dijangka meningkat kerana ketika ini Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang mewartakan 996.04 hektar lagi kawasan Tanah Rizab Melayu yang akan diberikan hak milik kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

"Pada masa sama, saya telah arahkan PTG supaya jika terdapat keluasan tanah tertentu yang dibatalkan status rizab Melayu disebabkan pembangunan, ia mesti diganti dengan nilai setimpal atau keluasan sama atau lebih," katanya.

Menurutnya, beliau konsisten dengan pemansuhan tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenang, sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan pembangunan kemudahan awam seperti pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.

"Saya maafkan semua yang mencerca dan memaki hamun kerana saya mahu bersangka baik, mereka tidak tahu cerita sebenar.

"Kepada pihak yang edit video saya semata-mata untuk menimbulkan amarah dan kebencian, saya mendoakan moga diberi hidayah oleh Allah SWT untuk selalu dijernihkan hati melakukan kebaikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayah-allah-mb-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058188 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list