CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Selangor] Beratur 30 minit!

[Copy link]
Post time 8-5-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Blok G menunggu satu-satunya lif yang boleh digunakan.

Petaling Jaya: Penduduk Blok G di apartment Mentari Court, Bandar Sunway di sini mengeluh apabila dua daripada tiga lif di blok berkenaan tidak berfungsi sejak dua bulan lalu.

Ia menyebabkan penduduk terpaksa beratur panjang atau menaiki tangga untuk unit kediaman masing-masing.

Tinjauan Harian Metro mendapati rata-rata penduduk terpaksa menunggu sehingga 30 minit untuk menaiki lif.

Malah, keadaan lebih teruk ketika waktu puncak terutama ketika pelajar pergi atau balik ke sekolah atau penduduk pulang dari kerja.

Seorang penduduk, Noorul Hussain Mohd Ali, 44, berkata, ada masanya dia terpaksa beratur panjang dan menunggu selama 30 minit untuk naik ke rumahnya di tingkat 11 daripada keseluruhan 17 tingkat.

"Kita ada tiga lif. Hanya satu sahaja lif yang betul-betul berfungsi.

"Satu lif sudah dua bulan rosak, manakala satu lagi sekejap elok sekejap tak," katanya kepada Harian Metro.

Dia yang sudah 15 tahun tinggal di situ berkata, dua minggu lalu, penduduk sudah berjumpa dengan perbadanan pengurusan Mentari Court.

"Mereka kata lif itu kena tunggu alat ganti yang ditempah dari luar negara serta susah nak dapat di sini.

"Sepatutnya, pihak perbadanan pengurusan Mentari Court memberitahu kepada penduduk apa yang berlaku," katanya.

Penduduk, Siti Farana Zainal Abidin, 37, turut menggesa agar lif dibaiki segera kerana ramai penduduk yang tinggal di blok berkenaan.

Katanya, tindakan melewatkan membaiki lif yang rosak menyukarkan penduduk.

"Baikilah secepat mungkin sebab kita yang tinggal di Blok G ini ramai.

"Lagi-lagi ketika masa kemuncak penggunaannya bila murid atau pelajar balik dari sekolah dan pekerja balik kerja. Memang kena beratur panjang," katanya.

Dia yang juga suri rumah turut melahirkan kebimbangannya yang mana ada masanya pintu lif ini tersekat dan tidak mahu tertutup.

"Tahun lalu saya pernah terkurung dalam lif, tetapi tidaklah lama. Anak saya pun pernah juga alami perkara sama," katanya yang sudah empat tahun tinggal di sini.

Seorang lagi penduduk, Norhayati Osman, 49, berkata, masalah lif ini menyebabkan kesusahan kepada penduduk sepertinya.

"Satu lif ini sekejap ok, kejap tak ok. Satu lagi lif pula sudah berbulan-bulan tak elok. Bila tiba waktu petang, kita terpaksa beratur panjang.

"Macam saya ok lagi tinggal di tingkat enam. Tapi yang tinggal di tingkat atas lagi kasihan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 02/beratur-30-minit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048334 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list