CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Kelantan] Cubaan seludup sosej sejuk beku hampir RM200,000 gagal

[Copy link]
Post time 8-5-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

Antara sosej sejuk beku yang dirampas anggota polis dalam kejadian di Batu Enam, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Batu Melingtang, di sini, jam 4.10 pagi, tadi. FOTO Ihsan Polis

Jeli: Dua lelaki ditahan selepas disyaki menyeludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku bernilai RM188,220 dari negara jiran, Thailand.

Mereka ditahan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Batu Melintang dekat Batu Enam di sini, pada 4.10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, anggota yang melakukan rondaan terserempak suspek berusia 38 dan 37 tahun, yang menaiki lori jenis Hicom yang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut dilakukan menemui 333 bungkusan guni yang semunya berisi sosej sejuk beku dari Thailand.

"Kedua-dua suspek juga gagal mengemukakan dokumen perakuan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mereka ditahan dan lori serta barangan itu dirampas dan dibawa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk siasatan lanjut, sebelum diserahkan kepada KKM, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Saari berkata, siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpir-rm200000-gagal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.126302 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list