CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Terengganu] JKDM Terengganu rampas 4.7 juta batang rokok seludup

[Copy link]
Post time 9-5-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Nadzri (dua kanan) bersama anggota menunjukkan kotak yang mengandungi pelbagai jenis rokok seludup yang dirampas pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Kastam Terengganu hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya merampas 4.7 juta batang rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai hampir RM4 juta termasuk cukai dalam serbuan di Kampung Pengkalan Gelap di sini pada Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM hasil maklumat awam kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Pengarah JKDM Terengganu Mohd Nadzri Ariffin berkata, risikan dijalankan pihaknya selama empat hari membawa kepada aktiviti penyeludupan di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya membuat serbuan di lokasi berkenaan dan berjaya merampas rokok tak berkastam dan kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk mengangkut rokok seludup.

"Namun, ketika pasukan tiba di sana, suspek berjaya melarikan diri ke kawasan belukar nipah berpaya menghala ke sungai dengan meninggalkan semua kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang berkenaan.

"Selain merampas 4.7 juta batang rokok bernilai RM564,000, kita turut menyita dua buah lori dan sebuah bot fiber serta dua buah enjin bernilai RM260,000 dengan rampasan keseluruhan termasuk bernilai RM3.982 juta," katanya ketika sidang media di Pejabat JKDM Terengganu di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata, siasatan awal mendapati aktiviti berkenaan didalangi orang tempatan yang membawa masuk rokok-rokok berkenaan dari negara jiran menggunakan bot fiber sebelum dipindahkan ke dalam lori.

Beliau berkata, rokok berkenaan dipercayai diedarkan untuk pasaran tempatan khususnya pasaran Pantai Timur dan Lembah Klang.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik-pemilik kenderaan yang digunakan untuk mengangkut rokok tak berkastam dan pembabitan mereka dalam aktiviti ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM10,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atang-rokok-seludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039756 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list