CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Selangor] Pemandu terlelap langgar 5 kenderaan

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:27 PM | Show all posts |Read mode


PETIKAN video tular menunjukkan kenderaan yang dilanggar.

Kajang: Seorang pemandu yang mengalami 'microsleep' (terlelap sejenak) menyebabkan kereta dipandunya melanggar lima kenderaan di petak parkir di Jalan TTDI Groove 1/2, di sini, Selasa lalu.

Malah, serpihan kenderaan akibat kemalangan itu mengenai seorang pekerja pembersihan yang bekerja berhampiran lokasi kejadian.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu 1.02 tengah hari, 9 Mei lalu.


"Siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira 9 pagi pada 9 Mei lalu ketika pemandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barangan.

"Sebaik tiba di Jalan TTDI Groove 1/2, pemandu berusia tahun itu memaklumkan mengalami 'microsleep' lalu termasuk ke laluan bertentangan.


"Kemalangan itu menyebabkan kereta dipandunya terlanggar lima kenderaan diletakkan di petak parkir dengan serpihan kenderaan terkena pada seorang pekerja pembersihan yang sedang menyapu jalan berhampiran lokasi," katanya.


Mohd Zaid berkata, semua pemilik kenderaan terbabit selesai membuat laporan kemalangan jam 4 petang, Selasa lalu.
"Pekerja pembersihan itu pula dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

"Pihak polis sudah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Beliau menyeru kepada semua pihak terutamanya orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan pihak polis berkait dengan kejadian ini. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu di boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.


Sebelum ini, satu video memaparkan kereta berkenaan melanggar beberapa kenderaan di lokasi terbabit tular di media sosial, beberapa hari lalu.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... langgar-5-kenderaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 1.114029 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list