CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Perak] Perak pastikan pengharaman beg plastik selaras semua PBT

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Batu Gajah: Perak akan memastikan pengharaman penggunaan beg plastik merentasi semua sektor perniagaan di seluruh negara menjelang 2025 seperti yang disasarkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), selaras di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng berkata, isu mengenai penangguhan larangan penggunaan bekas polisterina dan plastik yang sepatutnya dikuatkuasakan di Perak mulai 1 Jun 2017 sememangnya ada dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini.

"Jadi, kita nampak memang ada keperluan untuk memastikan kerajaan negeri akan selaras dengan polisi di peringkat persekutuan untuk usaha kurangkan bahkan melarang penggunaan bahan-bahan yang kurang mesra alam seperti plastik dan polisterina.


"Memang baru-baru ini isu ini dibincangkan di mesyuarat Exco untuk kita semak balik (penagguhan kuatkuasa larangan), tetapi setakat ini di peringkat negeri mahupun peringkat PBT kita belum ada satu kerangka ataupun dasar mengenainya walaupun memang kita nampak adanya keperluan," katanya ketika menghadiri Program Eco Green Market Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) 2023 di Pasar Awam Batu Gajah, di sini, hari ini.



SANDREA (dua kanan) bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Rami ( tiga kiri) melawat tapak pameran selepas merasmikan Program Eco Green Market  Majlis Baerah Batu Gajah 2023. FOTO L Manimaran


Selasa lalu, Menteri NRECC, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan menyasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara pada 2025 dengan setakat ini pelaksanaan dibuat secara berfasa dari premis tetap sebelum bakal beralih secara berperingkat kepada premis perniagaan termasuk warung atau peniaga gerai tepi jalan.


Kata Sandrea lagi, kajian mengenainya kini sedang berjalan termasuk menerusi perkongsian pengalaman melalui perlaksanaan kempen berkaitan dengannya yang pernah dibuat sebelum ini selain daripada mengambil kira faktor segi perkembangan sains dan teknologi.


"Peranan PBT selaku entiti terdekat dengan komuniti lebih kepada di waktu perlaksanaannya nanti. Bagaimanapun, PBT boleh memainkan peranan dengan berkongsikan pengalaman dalam perlaksanaan usaha kea rah itu sebelum ini termasuk menerusi kempen kitar semula.


Pada 22 Mei 2017, media melaporkan Perak menangguhkan larangan penggunaan bekas polisterina dan plastik yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Jun tahun itu sehingga satu kajian menyeluruh mengenainya dilaksanakan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-semua-pbt-metrotv


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.310526 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list