CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki, adik sindrom Down rentung terperangkap dalam rumah terbakar

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Robiah (dua dari kanan) reda dengan kehilangan dua anaknya dalam kebakaran di Kampung Mentuan, Binjai dekat Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!




KOTA BHARU – Dua beradik termasuk seorang sindrom Down ditemui rentung selepas rumah keluarga mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Mentuan, Binjai di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Ab. Halim, 31, yang mengalami masalah kesihatan dan adik bongsunya yang merupakan sindrom Down, Aisyah, 22, dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah terbabit kira-kira pukul 8.30 malam.

Kakak mangsa, Rasyidah, 34, berkata, ibunya, Robiah Ismail, 59, tiada di rumah ketika kejadian apabila pergi menunaikan solat isyak di sebuah masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari jiran mereka selepas melihat kepulan asap dan api marak selain beberapa kali terdengar bunyi hon kereta.

“Saya kemudiannya menerima panggilan daripada adik saya yang bekerja di Kuala Lumpur dan memaklumkan bahawa rumah ibu terbakar.

“Sebaik menerima panggilan, saya bergegas keluar untuk melihat keadaan rumah ibu yang ketika itu sudah hampir terbakar keseluruhannya,” katanya ketika ditemui pemberita berhampiran rumah jirannya di sini sebentar tadi.

Rasyidah memberitahu, dua adiknya terperangkap di dalam kebakaran rumah terbabit selepas dipercayai tidak sempat menyelamat diri.
Katanya, kebiasaannya, ibu akan meninggalkan dua beradik itu di rumah semasa menunai solat berjemaah di masjid.

“Sekiranya adik lelaki saya sihat, ibu tidak akan tinggalkan kedua-dua adik kerana sudah pasti bimbang keselamatan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... lam-rumah-terbakar/





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.041600 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list