CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Selangor] Suami isteri ditahan, curi kereta sewa

[Copy link]
Post time 13-5-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Kegiatan suami isteri mencuri kereta yang disewa terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di Alor Gajah, Melaka, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada sebuah syarikat sewa kereta di Jalan Cahaya 1/1, Taman Pandan Cahaya, di sini.


"Menurut pengadu pada jam 3 petang, 28 November tahun lalu, pihaknya menyewakan sebuah Proton Preve kepada seorang lelaki dikenali sebagai Izaan.


"Tempoh sewaan kenderaan itu adalah selama enam bulan bermula 2 Disember 2022 dengan bayaran bulanan RM700 untuk setiap bulan dengan tarikh tamat sewa pada 2 Jun nanti.

"Bagaimanapun, individu terbabit tidak membuat bayaran selama dua bulan dan pihak syarikat gagal menghubunginya selain mendapati GPS pada kereta itu tidak berfungsi disyaki sudah ditanggalkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Farouk berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai kontraktor dan isterinya berusia 44 tahun yang juga suri rumah di Alor Gajah jam 2.15 pagi semalam.


"Polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan hilang dalam daerah Ampang, kunci alat kawalan jauh kereta dan sebuah telefon bimbit.
"Modus operandi suspek adalah menyasarkan kenderaan daripada syarikat sewa kereta," katanya.


Beliau berkata, semakan mendapati suspek pertama tiada rekod jenayah manakala suspek kedua memiliki tujuh rekod dan satu rekod dikehendaki.
"Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suami isteri berkenaan mendapati mereka negatif dadah.

"Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 15 Mei nanti untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan," katanya.



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-curi-kereta-sewa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.234399 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list