CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peniaga warga asing kebal?

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Antara penjaja warga asing yang mengambil kesempatan berniaga sayur-sayuran di kaki lima berhamliran Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Seakan-akan mereka 'kebal' apabila ramai warga asing di sekitar pasar borong dan pasar harian di sini didapati tidak takut untuk terus berniaga secara haram.

Tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seolah-olah tidak lut terhadap golongan warga asing terbabit.

Tinjauan Harian Metro di beberapa premis perniagaan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur mendapati golongan terbabit mendominasi kaki-kaki lima di kawasan sekitar.

Selain sayur-sayuran mereka juga menjual barang basah seperti daging, ayam, ikan, makanan, dan sirih yang sinonim dengan budaya pendatang asing etnik Rohingya.

Keadaan sekeliling pula tidak teratur berikutan kebanyakan daripada mereka membuka gerai secara sesuka hati malah kebanyakan kaki lima di mana mereka berniaga berada dalam keadaan kotor.

Berdasarkan pemerhatian, pelanggan mereka terdiri daripada majoriti dalam kalangan pendatang asing itu sendiri dan ada juga segelintir warga tempatan.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan, kebanyakan daripada golongan warga asing terbabit terpaksa terus mencari rezeki dengan cara itu untuk menyara keluarga berikutan tidak boleh bekerja secara sah.

Selain itu, isu Ali Baba serta kewujudan pihak tertentu yang melindungi mereka antara punca lambakan penjaja warga asing termasuk di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Walaupun bukan isu baru, namun masalah berkenaan dilihat seakan-akan tiada jalan penyelesaian berikutan tiada tindakan konkrit diambil oleh pihak bertanggungjawab.

Walaupun tindakan penguatkuasaan sering dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) namun isu itu seperti tiada penghujung.

Justeru, pihak berwajib perlu mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini segera sebelum menjadi bertambah kronik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-warga-asing-kebal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.339102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list